Imam Ali a.s berkata, "Sesungguhnya hati memiliki keinginan, kepedulian, dan keengganan. Maka, datangilah ia dari arah kesenangan dan kepeduliannya. Sebab jika hati itu dipaksakan, ia akan buta.Message: Ramai yang memaksa diri untuk beribadah khusus seperti seorang abid. Dan apabila memaksa-maksa diri, kita sedang cua mendidik satu sifat yang bukan semula jadi lantaran terbentuk ciri-ciri orang yang berwatak-watak di hadapan manusia lain. Inilah yang dinamakan watak hipokrasi.
Kerana itu seorang abid mudah sahaja jatuh syirik kepada syaitan berbanding mereka yang selalu mencari kefahaman bagi setiap ibadah yang disarankan. Apa yang Tuhan serukan bukanlah untuk Tuhan, tetapi untuk setiap rinci buat manusia itu sendiri. Tuhan bukanlah meminta-minta untuk-Nya disembah agar Dia menjadi agung, kerana jika Dia tidak disembah, keAgungan-Nya tetap kekal terserlah.
Namun penyembahan dilakukan apabila manusia yang berilmu meyakini kewujudan Tuhan yang Mencipta, Pemula segala ciptaan dalam ruang alam universe ini. Manusia yang sentiasa mencari kefahaman bagi setiap perkara yang diwajibkan akan merasa berbaloi dan sedikit pun tidak sia-sia, melakukan amalan-amalan yang dianggap sebagai ritual keagamaan.
Sungguh Tuhan itu Maha Bijaksana tidak akan menyuruh hamba-Nya mengikut membabi buta apa yang disuruh-Nya. Kerana itu, dalam Wahyu-Nya banyak disarankan agar kita memikirkan (ponder) setiap yang kita lihat, kita buat atau kita dengarkan. Selamat....