Serban dan Jubah. Kedua-duanya merupakan pemakaian sunnah Nabi s.a.w.w seperti yang dipercayai oleh kebanyakan umat Islam hari ini.Cuma kadang kala persoalan timbul dalam kepala otak berjambul ini,
"..Apakah Abu Jahal juga mengukuti pemakaian sunnah ini?"
Kebiasaan mereka di kalangan masyarakat Melayu yang memakai jubah dan serban akan dipandang mulia oleh masyarakat awam di sekelilingnya.
Hakikat hari ini, apabila aku melewati lorong ke masjid, maka aku melihat ramai yang memakai jubah dan serban lengkap bersolek dengan celak. "Alamak, tak tahu pulak sepeninggalan aku belajar di Kuanatanomobay ini, kampung aku melahirkan ramai tabligh-tabligh di kalangan muda". "Oh amanlah kampung aku nampak gayanya."
Tapi apa yang menjadi kekecewaan, di sebalik jubah itu telihat kepulan-kepulan asap disertai bau cengkih yang meletup-letup. Ah, di manakah Islam waktu itu? Apakah, serban dan jubah itu hanyalah litupan untuk tidak membicarakan 'sunnah' Nabi yang lain? Di manakah letaknya sunnah "Segala yang memudaratkan diri itu adalah haram". Di manakah pula 'sunnah' bagi kelompok yang berborak di tepi jalan sambil merendahkan suara, merendahkan pandangan dan perasaan rendah hati bagi menghormati warga awam yang melalui laluan tersebut?

Jika itu tujuan serban dan Jubah, jadi hilanglah sebenar 'sunnah'. Ibrahim pendek kata, itulah dia antara pemakaian yang nak membezakan antara orang kebiasaan dan mereka yang berilmu. Bukankah lebih baik kita memuliakan cara pemakaian 'sunnah' itu dengan ilmu yang penuh di dada dahulu?
Belajarklah daripada bangsa Parsi yang bisa menggapai bintang tertinggi jika iman tergantung di situ, perkongsian seorang teman(nama pena novelis)"Sedikit pembetulan, dalam tradisi pembelajaran di Qom atau mana-mana Howzah masa yang diambil selama 8-9 tahun masih lagi belum boleh mengeluarkan hukum atau ijtihad. Sebenarnya mereka hanya baru tamat peringkat awal sahaja dalam kerangka membentuk diri sebagai ahli ilmu dan masih lagi pelajar.
Tamat pembelajaran tersebut mereka di anugerahkan "Serban" tanda gelaran Hujjatul Islam tidak seperti masyarakat kita memakai serban tanpa "Nilai" dan "Virtue tertentu walau pun baru satu hari kenal Islam.
Untuk menjadi mujtahid (Ayatullah) ada yang memerlukan 15 tahun-30 tahun. Ada juga yang telah bergelar Ayatullah, tapi masih lagi mengistilah diri sebagai pelajar dan menjadi pelajar kepada Ayatullah Uzma lain atau yang menjadi "Marji'". Di sinilah gist ilmu dan penghormatan mereka kepada ilmu. Dan kedalaman mereka dalam memperincikan ilmu di samping pendidikan akhlak rohani dan jismani yang tinggi; yang lahir dalam Irfan yang menguasai mereka.
Rakan saya seorang Filipino pernah belajar dengan seorang Ayatullah yang menjadi murid kepada Ayatullah Montazeri yang ketika itu berumur 70 tahun. Setelah selesai mengajar beliau masih mengikuti kelas dan kuliah ulama lain yang lebih tinggi kedudukannya dalam bidang masing-masing.
Budaya ilmu masyarakat Syiah amatlah dikagumi oleh kawan dan lawan. Lihat saja tulisan Henry Corbin (nota saya: beliau adalah ahli falsafah Perancis yang ulung) yang tenggelam dengan keilmuan dan penghayatan ilmu yang fitri yang berjaya disampaikan olehnya kepada Barat.
8-9 tahun belajar dalam dunia Syiah hanyalah asas sahaja dalam tradisi ilmu Ahl Bait. Walau pun begitu tahap keilmuan dan keupayaan mereka mengkaji dan memahami Islam amatlah terpuji oleh lawan dan kawan.
Oleh itu ambillah hikmah itu. Walau pun dari musuh kita sekalipun.."
Pemakaian 'sunnah' tidak terhad pada apa yang kita lihat seperti fizikal. Namun, tidak menjadi masalah jika menjadikan pemakaian seperti ini sebagai ukuran untuk membezakan mereka yang penuh ilmu dengan orang kebiasaan. Jika hanya denga serban dan jubah sahaja membuat kita menilai seseorang itu telah mencapai tahap keimanan yang tinggi. Maaf, mungkin itu antara kelemahan kita untuk bersama mereka yang hipokrit.Andai kita berpendapat serban dan jubah ini ialah budaya, maka mungkin setengah daripada kita akan melenting menuduh kita penderhaka agama. Tunggu sekejap, bukankah Abu Jahal memakai serban? Bukankah ramai mereka yang menduduki kawasan gurun pasir dan beriklim panas kering seperti di Mongol juga cenderung untuk memakai serban walaupun mereka tidak beragama Islam? Apakah Nabi Isa a.s memakai serban? Apakah ada tercatit dalam riwayat sahih satu seruan yang menyatakan adalah baik untuk umat hari ini memakai serban?
Baiklah, usah terburu-buru, bukanlah niat untuk menafikan dan menghentikan pemakaian serban dan jubah, tetapi bukankah lebih baik jika hanya mereka yang punya ilmu tinggi dan akhlak yang termulia yang sesuai memakai pemakaian seperti itu? Ketika saya menonton filem ini,
Pada saya;
"Memakai serban dan jubah mungkin tak akan menjamin pahala 'sunnah', tetapi 'sunnah' hati mereka yg bersihlah yang layak peroleh pahala 'sunnah'.."
Memang tidak dinafikan, ketika memakai jubah untuk menunaikan ibadat khusus (solat), secara psikologinya membuatkan perasaan lebih cenderung untuk menumpukan kerendahan diri di hadapan Tuhan. Maka, ia adalah hak semua untuk berpakaian seperti mana. Asalkan kemas dan bersih. Konsep jubah atau tatacara pemakaian labuh dan longgar ini sudah lama dipraktikkan jika kita melihat kepada sejarah-sejarah tamadun agung yang terdahulu. Bahkan, paderi-paderi Kristian juga punya konsep pemakaian 'sunnah' ini.

Dan kita juga dapat melihat ciri ini dalam tamadun agung yang lain seperti Tamadun Mongol (maaf, ini tiada kena mengena dengan Altantuya Shaaribu)
China
Bukankah mereka yang berpakaian labuh ini hampir semuanya terdiri daripada keluarga bangsawan dan hierarki orang-orang kenamaan. Sudah tentu itu satu kemuliaan bagi mereka yang berpakaian bericirikan pakaian yang labuh.

No comments:
Post a Comment