Pages

Wednesday, September 28, 2011

Syiah




Syiah??hmm.. ape tu?? Dari segi bahasanya, syiah tu bermaksud pengikut atau 'followers'. Sejak kecik lagi aku dengar sikit2 pasal syiah ni... orang kata mereka sesat.. aku pun tak semena2 menge'cop' mereka ni sebagai golongan yang sesat.. Dan mase tu jgk la aku keliru antara syiah dan syariah.. dua2 pun kadang2 buleh tersilap pakai dalam perbualan harian.. haha...

tapi, semenjak dua menjak tiga menjak dan bermenjak-menjakan ni, aku tgk, perilaku2 orang2 yang berpegang pada mazhab syiah ni memang betul2 'menyejukkan' mata.. bukan setakat mata yang zahir ni, malahan mata hati aku turut cair melihat amalan atau sikap dan perbuatan mereka ni dalam seharian.. orait... starting dengan Iran ok?

mula2, aku tetap la dengan fahaman yg dah lama diterapkan sejak kecik oleh guru2 dan ulama ASWJ(ahllusunnah wal jamaah).. so, ape yang ade dalam kepale otak aku tu, sumernye aku rase dah berada dalam kebenaran.. dan lagi sekali TAPI, aku tak rasa cukup dan puas dengan apa yang aku belajar dari ulama2 sunni ni... agama Islam yg aku belajar hanyalah sekadar untuk belajar mengamalkan sesuatu ajaran tanpa kefahaman yang mendalam dan kemanisan yg betul terasa bukan di lidah semata, malahan di hati yang paling penting.. So, aku tak puas hati, aku kajilah syiah..

OK.. Bila aku tgk orang2 Iran solat, aku tgk masjid dorg penuh almost penuh macam kt masjidil Haram atau Makkah dan Madinah sana.. sedangkan tmpat tu kt Iran pn.. tempat bertapaknya agama Majusi. so, aku pun nak taula kan ape yg buat hati dorg betul2 hidup untk buat mcm tu.. byk lagi kekuatan rohani yg dorg amalkan di sampng kekuatan jasmani yg dorg praktikkan contohnya, berlatih seni pertahanan diri, acrobatik(macam ninja) berenang dan lain2 sunnah Nabi saw Utusan Akhir yg sememangnya mengimbangkan kehidupan Spiritual dan Fizikal.,,

apa sebenarnye taraf sejarah2 Nabi Muhammad saw tu dalam hati korang maupun kepale hotak korang yang berjambul satu tu.. Ape korang tak pelik ke lepas wafatnya Muhammad saw, caca marba habis masyarakat arab masa tu..(aku nk emphasize about the oppose of Muawiyah to Ali bin Abi Thalib).. itu belum lagi masuk Perang Jamal pak tongkol dan perang2 lain yang korang memang tak diceritakan sejak bangku sekolah.. yang mane, korang memang kena pandai2 menelaah sendiri sejarah2 Muhammad saw sekitar tahun 600 Masihi..

nak jadi syiah? Minta maaflah, tak malu ker nak claim diri seorang syiah, haa,.. sebab untuk menjadi syiah, memerlukan kualiti diri yg betul2 tinggi.. Imam Ayatullah Khomeini pun cakap yg ramainya orang mengaku syiah tapi sedikt shja yg betul2 syiah.. analoginya mcm ni, ramai org Islam dalam dunia ni, tapi berapa kerat je yg praktis nilai2 Islam tu dan betul2 Islam di sisi Tuhan?, ramai orang ngaku Muhammad saw tu Utusan Tuhan, Rasul yang mulia, tapi dari segi perbuatan, NAH! jauh panggang dari api, jauh daripade memuliakan Nabi Muhammad saw sendiri..

sebab ape? sebabnya bila sebut perjuangan hak, tak ada siapa nak amek pengajaran daripada sejarah Nabi2 yang dlu.. memang betullah dalam Quran sendiri warning awal2 yg manusia ni kebanyakannya anggap kisah2 dalam Quran ni sebagai dongeng semata2.. ermm.. aku lupa la ayat berapa.. nanti aku carila..

huh! kalau setakat hidup Melayu ni bermula zaman Paramessium eh, Parameswara je buat hape.. mane kamu nak campak cerita permulaan sejarah Manusia Nabi Adam a.s tu.. hmm.. memang kepale hotak korang ni kurang jambul lar.. mungkin bagi korang cter Adam tu sebagai cerita untuk waktu tidur korang je.. it was just a fairytale.. then, it is useless to keep your Holy Book in your house if it just jadi penghalau setan jer.. dalam tak sedar korang dh menyamekan martabat Quran tu atau Word of God, sama je dengan ridset, sheildtox, fumakilla, dan ape yg same waktu dengannye untuk menghalau makhluk2 Tuhan dari mendekati kediaman anda dan diri anda sendiri..

hah, ape macam..??

oraitt.. kt bawah ni antara persoalan2 yg bermain di fikiran aku tatkala aku belajo sejarah Islam kat skolah menegah dulu.. jugak dalam ceramah2 dan kuliah2 maghrib yg pernah aku pergi dulu.. cerita dia berulang2.. sampailah aku pun bosan nak ke masjid dan ceramah agama.. hmm..(mungkin aku ni memg trok untk berterusan dgar ceramah agama!)

hmm..
1st. Sahabat Nabi saw tak semuanya mukmin sejati dan baik: rasionalnya, cer kome tgk dalam perang Uhud, kan ade sahabat2 yang lari tinggalkan medan perang..? then, cer kome tgk Muawiyah tu.. ade ke patut die pergi lawan Ali r.a sedangkan beliau tu merupakan orang yang paling byk tau fasal sunnah Nabi saw..
Sumber: 1. Bukhari :: Book 5 :: Volume 57 :: Hadith 4
2. Bukhari :: Book 5 :: Volume 59 :: Hadith 610
3. Bukhari :: Book 5 :: Volume 57 :: Hadith 4
4. Bukhari :: Book 5 :: Volume 57 :: Hadith 48


2ndly Then, aku terpikir jgk, antara 4 sahabat tu( Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali) cuma Ali je yg kita tau hidup dalam kemiskinan dengan Fatimah Az-Zahra.. sebagai sahabat, bukan ke perlu tolong-menolong? kalau sahabat, takkan sanggup kita biar kawan kita hidup melarat kemiskinan.. hmm.. then, takde pernah aku dengar 3 sahabat yang lain hidup susah macam saidina Ali (krmwjh).. erm..

3. Lagi satu, kt skolah pun kita ada bljar pasal sumbangan Ali r.a yg dah pecat gabenor2 yang pernah dilantik oleh Utsman..(nota: Utsman ni sepupu Muawiyah daripada Bani Umayyah, kalu kome nak tau Arab ni kuat gile dengan kejahiliyahan semangat KeBANIan dorg tue.. tambah pulak iri hati Bani Umayyah pada Bani Hashim yakni keluarga Muhammad saw).. sumbernye korang tanyelah di kalangan ustaz sunni korang yer.. dan jugak buku teks agama korang.. tak pun kitab2 sunan sittah.. takmau rujuk sunan sittah yang dah ditapis sampai ke malaysia ni ya.. rujuk yg original tu.. yg sudah terjemah.. actually aku pun bukan tinggi pun ilmunya.. tapi sekadar untuk konformasi korang jer..

4. Korang tau kan, Umar tu hebat dan siap ugut lagi masyarakat Quraisy, yang Umar ugut untuk bunuh orang yg menentang Nabi Muhammad saw.. kira hebatlah Umar ni kan? macam dalam filem hero tamil.. sorang lawan sepuluh pun boleh tumbang.. tapi kan, kenapa beliau boleh terbunuh pulak? ape jadi sebenaqnyer??

5. Sunni percaya bahawa Muhammad saw bernikah dengan siti Aisyah tatkalai siti Aisyah berumur 9 tahun.. cheitt.. mana mungkin budak umur 9 tahun hendak dinikahi seorang Rasul yang disebut dalam Quran sebagai akhlak terbaik di kalangan manusia?? hmm.. status Quran dgn Hadis? mane satu lagi kuat matannye? dh tentu a Quran.. Quran sebagai rujkan utama semestinya wajib untuk kita menolak hadith yang palsu mahupun lemah.. kan? erm..
kalau korang tgk kitab Ibn Kathir- Al-Bidayah wa;-Nihayah, Ibn Hajar Asqalani, Tahdhib AL-Tahdhib dgn Ad-Dhahabi,Siyahr A'la'ma'l-nubala' : semua n ada menyatakan fasal Umur Asma binti Abu bakr yg berumur 10 tahun tua daripada Aisyah dan wafatnya beliau pada tahun 73 Hijrah tika umurnya mencecah 100 tahun.. dan tentunya korang sendiri dapat kira bila waktunya umur Aisyah r.a tatkala beliau bernikah dengan Muhammad saw pada 3 tahun selepasnya Hijrah..

6. Pada sunni, mereka percaya bahawa semua orang kafir akan masuk neraka, tapi pada logik akal aku, xkanlah org kafir yg buat perkara baik pun akan masuk neraka.. sedangkan ada juga orang non-muslim yang berlaku adil dan mulia hatinya.. dari sisi syiah, saya paparkan huraian ringkas ini


Sang mukimin melarikan diri dari negara Islam yg menzaliminya ke negeri kafir yg menghormati dan melayaninya dgn baik....maka Allah, menganugerahkan kpd setiap mereka yg berbuat baik dari kalangan org kafir itu dgn istana di akhirat yg dibuat dari bunga...dan mereka tidak sedikitpun berasa takut atau diazab....Org bukan Islam yg tidak sampai padanya kebenaran Islam, namun berakhlak....dia akan dihukum berdasarkan akalnya...
So, daripada persoalan2 ni lah aku cuba cari mana logiknya dan kenapa wujudnya mazhab syiah yg merupakan golongan minoriti yg selalu jadi bahan kutukan sunni kebanyakan... dan aku malu betul sebab satu masa dulu, aku pun pandang slack kt syiah ni..

betape besarnye pembohongan yg telah dilakukan atas keluarga Muhammad saw oleh pembesar2 Arab Muslim yang masih dikuasai dengan sifat2 tercela jahiliyahnya yg masih tidak dibuang setelah wafatnya Muhammad saw..

Dulu pada aku, cerita Imam Mahdi a.s cumalah khayalan yg masih lagi terkubur dan tidak relevan serta dongeng semata.. tapi sekarang.. barulah aku rasa, kewujudan Imam Mahdi tu senantiasa berada bersame kite.. cuma tidak terzahir lagi kemunculan Imam Mahdi ajf..

Pastinye korang percaye Allah sebagai Tuhan Manusia takkan tinggalkan hamba2 Dia tanpa satu pimpinan tergapai2 tanpa rujukan untuk mengetahui amanat2 yg diajar Rasul.. Muhammad saw.. dah tentunye korang pelik kan kenape Nabi Janjikan IMAM Mahdi.. aku highligthkan sekali lagi, IMAM.. betape penting dan besarnye konsep Imamah tu.. yakni pemimpin yang 12 sperti mane terdapat dalam sahih rujukan sunni seperti ni:


Nabi saaw bersabda:
"Setelahku akan ada 12 Khalifah, semuanya dari Bani Hasyim"
(Qunduzi Hanafi, Yanabi' al Mawaddah, jilid III, hlm 104)


"Islam akan senantiasa kuat di bawah 12 Khalifah". Baginda kemudian mengucapkan kata kata yang tidak aku fahami, lalu aku bertanya bapaku apakah yang dikatakan oleh Rasulullah saaw. Beliau menjawab: "Semuanya dari Quraisy"
(Muslim. Sahih, jilid VI, hlm 3, Bukhari, Sahih, jilid VIII, hlm 105, 128)



Musnad Ahmad No. 3593حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنِ الْمُجَالِدِ عَنِ الشَّعْبِيِّ عَنْ مَسْرُوقٍ قَالَكُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ وَهُوَ يُقْرِئُنَا الْقُرْآنَ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ هَلْ سَأَلْتُمْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمْ تَمْلِكُ هَذِهِ الْأُمَّةُ مِنْ خَلِيفَةٍ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ مَا سَأَلَنِي عَنْهَا أَحَدٌ مُنْذُ قَدِمْتُ الْعِرَاقَ قَبْلَكَ ثُمَّ قَالَ نَعَمْ وَلَقَدْ سَأَلْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ اثْنَا عَشَرَ كَعِدَّةِ نُقَبَاءِ بَنِي إِسْرَائِي
Telah menceritakan kepada kami [Hasan bin Musa] telah menceritakan kepada kami [Hammad bin Zaid] dari [Al Mujalid] dari [Asy Sya'bi] dari [Masruq] ia berkata; Tatkala kami duduk-duduk bersama Abdullah bin Mas'ud, saat itu ia sedang membacakan Al Qur`an kepada kami, lalu seorang laki-laki berkata kepadanya; Wahai Abu Abdurrahman, apakah kalian pernah menanyakan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam BERAPAKAH UMAT INI MEMILIKI KHALIFAH? [Abdullah bin Mas'ud] berkata; Tidak ada seorang pun yang menanyakan hal itu kepadaku sejak aku datang ke Iraq sebelum engkau, kemudian ia melanjutkan; Ya, kami pernah menanyakan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam, lalu beliau menjawab: "Sebanyak DUA BELAS orang seperti jumlah pemimpin bani Israil."

Bukhari menukil dari Jabir bin Samarah:”Aku mendengar rasul bersabda:”setelahku 12 orang pemimpin akan datang.” Saat itu beliau melanjutkan ucapannya yang tak terdengar olehku kemudian ayahku berkata bahwa keseluruhan imam tersebut semuanya dari bangsa Quraisy.”

[Sahih Bukhari, jild 9, bab Istikhlaf, halaman 81.]

Kata al-khilafah bermakna al-niyabah ‘an al-ghayr atau pengggantian juga berarti : al-imamah al-‘uzhma atau kekhalifahan atau kepemimpinan yang agung. Lihat Kamus al-Munawwir hlm. 393, Catakan th. 1984. Contoh faktualnya adalah Sayyidina Ali bin Abi Thalib yang diangkat sebagai khalifah. Dan di dalam sebuah hadis disebutkan bahwa Rasulullah Saw bersabda : “Inilah dia saudaraku, penerima wasiatku (al-washî) dan khalifahku (khalîfatî)…” Rujukan :
- Târikh al-Thabarî Jil. 2, hlm. 319, dan

- al-Kâmil fî al-Târikh li Ibni al-Atsîr Jil. 2 hlm. 63.

Dari Jabir bin Samurah, ia berkata, “Saya masuk bersama ayah saya kepada Nabi SAW. maka saya mendengar beliau berkata, ‘Sesungguhnya urusan ini tidak akan habis sampai melewati dua belas khalifah.’ Jabir berkata, ‘Kemudian beliau berbicara dengan suara pelan. Maka saya bertanya kepada ayah saya, ‘Apakah yang dikatakannya?’ Ia berkata, ‘Semuanya dari suku Quraisy.’ Dalam riwayat yang lain disebutkan, ‘Urusan manusia akan tetap berjalan selama dimpimpin oleh dua belas orang.’ Dalam satu riwayat disebutkan. ‘Agama ini akan senantiasa jaya dan terlindungi sampai dua belas khalifah.

(H.R.Shahih Muslim, kitab “kepemimpinan”, bab”manusia pengikut bagi Quraisy dan khalifah dalam kelompok Quraisy”)

Muslim juga menukil dari Jabir bin samarah:”aku mendengar rasul SAWW bersabda:”Islam akan memiliki pemimpin sampai 12 orang. Kemudian beliau bersabda yang tak bisa kupahami. Aku bertanya pada ayahku tentang apa yang tidak aku pahami itu, ia berkata:”beliau bersabda semuanya dari kaum Quraisy.
[Sahih Muslim, jild 6, kitab Al-Amarah, bab annas taba’un li quraisy, halaman 3.]

Muslim dari Jabir juga menukil, ia (Jabir) berkata:”aku dan ayahku berjalan bersama rasul SAWW saat itu beliau bersabda:”agama ini akan memiliki 12 pemimpin, yang kesemuanya dari bangsa Quraisy.
[Sahih Muslim, jild 6, kitab Al-Amarah, bab annas taba’un li quraisy, halaman 3.]


So, ape pendapat korang fasal konsep Imam ni? baiklah cuba plak korang tgk Quran Surah yang ke 17 dan ayat yang ke 71..



017.071 يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلا يُظْلَمُونَ فَتِيلا
017.071 One day We shall call together all human beings with their (respective) Imams: those who are given their record in their right hand will read it (with pleasure), and they will not be dealt with unjustly in the least.


Al-Qur'an, 017.071 (Al-Isra [Isra, The Night Journey, Children of Israel])

Hmm... nampak kan kenape syiah menggelarkan dorg sebagai Ithna 'Asya'ariyah? Atau dikenali sebagai Imam 12 belas? hmm.. aku suka untuk quote balik kata2 Imam Ali atau pun yang korang panggil sebagai Saidina Ali karramallahu wajhah..

"Jika kita punyai ilmu, ilmu bisa menjaga kita, namun jika kita punyai harta, kitalah susah menjaga harta"
sebab itu rata2nya ramai orang zaman sekarang masuk universiti cuma nakkan janjian pekerjaan dan ganjaran gaji lumayan untuk kerja semata.. bukanlah mencari ilmu itu untuk carian kebenaran dan faktor tujuan hidupan.. sebab itu bila dah kaya, mula lalai, lupa.. rasa ego, bongkak, berlagak, kononnya semua tu atas usaha payah perit dia waktu belajar..

hmm.. kalo belajar sebab duet, ingatla.. tak kemana, kalo cari ilmu sbb nak duit jgk.. mana nak ada berkat.. dh tentu ilmu utuk tujuan hidup dan carian kebenaran.. untuk menghidupkan semula jiwa yang mati.. ruh Tuhan beri yang tersembunyi.. untuk kita unlock hidden potential yg ada dalam diri yang mana membawa diri kepada Tuhan sebenar2 Tuhan.. bukan Tuhan celup bermain di bibir2 je..

baiklah aku nak kongsikan dengan korang satu link fasal syiah yang memang nya dh lama bertapak kt Malaysia ni, cuma dilucutkan dan dilupuskan serta dipadamkan secara halus oleh si pendengki2 keluarga Muhammad saw ataupun dalam bahasa lainnya anak2 dajjal akhir zaman ni.. Kisah Benar Nenek Enta seorang syiah??

p/s: artikel ini bukan untuk mengajak orang bermazhab syiah, tapi untuk kita sama2 fikir balik kesilapan sejarah yg dah lama kita sebarkan kat umat manusia ni.. iyalah, kalau kita ceritakan benda yang palsu, dah tentu kita antara ejen2 yg menyebarkan kepalsuan.. -.-'.. hmm.