Pages

Saturday, February 11, 2012

Kesilapan yang Tidak Dipelajari

Ramai orang akan belajar dari kesilapan mereka, sekiranya mereka tidak sibuk menafikannya.
Apa yang saya kecewakan melihat masyarakat hari ini, mereka sibuk mengancam akidah orang lain hanya untuk mempamirkan kehebatan diri dan memperlihatkan kesesatan orang lain yang belum tentu terbukti.

Ini terbukti dengan sikap masyarakat kita terutamanya Muluyu yang bersifat egosentrik malah terus menuding jari menyalahkan orang lain.

Hingga ke hari ini, orang Muluyu ini masih tidak mengakui kesalahan mereka. Apa masalah mereka? Masalah utama Muluyu ini ialah sikap. Sikap apa?
Jawabnya BUSUK HATI dan DENGKI.

Sebagai contoh, dalam sebuah kampung, jika seorang Muluyu telah meniaga nasi lemak, di hari lainnya, datang pula Muluyu lain turut sekali menjual nasi lemak. Ah, apakah tidak gila jika kita menjual benda yang sama dalam satu kampung yang sama.
Bukankah lebih baik jika mempelbagaikan servis dengan menjual makanan lain seperti kuih karipap ka, kuih pelita ka, kuih popia ka, kueh teow basah ka. Bukankah tindakan seperti itu meningkatkan lagi keuntungan dan perhatian pelanggan untuk tidak bosan makan makanan yang sama?
Cuba belajar daripada cina, "jika kedai saya (Ah Chong) tak juai kuih bulan, hang cuba di kedai sebelah naa..". Tapi sikap Muluyu, "..oh, hang juai nasik lemak, esok kedai hang aku jampi serapah sampai tak laku..".

Jadi inika sikap kita? Tolonglah, Islam pun tak pernah mengajar kita jadi busuk hati macam tu. Apatah lagi berhasad dengki.

Takkanlah hanya sebab dia cina, semua yang dikatakannya itu salah? Takkanlah sebab dia yahudi, yang benar dibawakan olehnya itu kita tolak bulat-bulat? Takkanlah hanya kerana dia seorang budak tadika, kita menolak kesemua kata-katanya walaupun budak itu menyatakan kebenaran.

Hari ini disebabkan mulut-mulut mereka yang tidak tahu menjaga kata-kata, maka rusuhanlah yang terjadi.

Sampai bila la kita sesama sendiri nak maju kalau sampai ke mati nak hasad dengki. Sebab hanpga busuk hati nak tengok member sendiri jatuh bangkraplah orang Muluyu macam ni tak pernah maju. Kalau ada yang kaya pun, bukan nak tolong mereka yang kurang bernasib baik hidup miskin. Kalau nak kaya tu, sorang-sorang jelah kaya. Member sendiri dikutuknya menunjukkan GAH diri kononnya berjaya atas usaha sendiri. (Kita mudah lupa diri bila sudah senang, sebab itu kita susah untuk membantu mereka yang susah apabila kita senang)
Orang kita ini malas belajar, apabila yahudi membuktikan kejayaan mereka, kita mudah menyatakan,"alah, yahudi tu memang bangsa yang pandai". Ah! Tolonglah, kau tu yang malas. Sebab tu jahil. Tak mahu menelaah, salahkan bangsa lain.
Inilah hakikat kita. Disebabkan sikap kita yang suka melihat orang lain jatuh kesusahan, maka sebab itu kita hilang kemanusiaan hinggakan tak sanggup bersusah payah sedikit untuk menangkis fitnah yang dilemparkan ke atas saudara semuslim kita yang lain. Dey, kalau tak busuh hati tak boleh ke?

Salah faham sesama kita banyak mengundang tindakan bodoh yang sia-sia. Lihat sahaja, atas nama iman dan agama, Ahlu Sunnah sudah menggadaikan 'sunnah' dengan memusnahkan tempat ibadat dan tempat belajar ini
(Apakah hak kita untuk beraksi Tuhan? Wajarkan kita menyebarkan Islam dengan keganasan dan emosi?)
Bukankah Rasulullah saww sendiri menyeru untuk tidak membakar tumbuhan dan tanaman mahupun rumah-rumah ibadat dan tempat menuntut ilmu hatta di dalam peperangan sekalipun? Mengapa Ahlu Sunnah di sini melanggar 'sunnah' itu, bagaimana kita layak menggelarkan kita Ahli yang MENGIKUT SUNNAH namun hakikatnnya kita sendiri yang meninggalkan SUNNAH itu.


Hakikatnya, inilah penyakit yang menimpa kebanyakan Ahlu Sunnah, mereka emosi, dan ego untuk mengakui kesalahan sendiri. Tidak dinafikan kita masih punya Ahlu Sunnah yang mulia dan baik. Dan Ahlu Sunnah yang berperilaku sebegini ganas tidak wajar mewakili seluruh Ahlu Sunnah.

Baiklah, sebagai tambahan, Ahlu Sunnah kurang meneliti hakikat pesongan yang terdapat dalam kitab sahih mereka. Meskipun umum mengetahui tidak ada kitab lain yang dipelihara Allah 'Azzawajalla melainkan Quran sahaja. Sebab itu aku sangatlah kesal melihat 'ULAMA MULUYU sibuk menyesatkan mereka SYIAH sedangkan mereka belum faham sepenuhnya apa yang ada di dalam syiah. Sedangkan orang-orang syiah sendiri tidak pernah meng'klaim' seratus peratus untuk menyatakan mereka beriman dengan kesemua kitab karangan 'ulama mereka. Mereka percaya hanya Quran yang dapat dijadikan sumber tulen bagi segala ilmu. Selain daripada itu, jika bertentangan dengan Quran, maka ianya terus dibuang jauh-jauh.

Tapi kita sunni, tidak menyedari hakikat kesilapan kita, bahkan kita cukup beriman hingga tidak menyedari penyelewengan yang terdapat dalam kitab sahih kita ini. Seolah-olah, kitab hadis lebih mulia berbanding Quran. Bukankah sikap seperti ini ialah sikap yang pernah dilakukan orang Yahudi dahulu setelah Nabi Musa a.s selesai menyempurnakan syariat Islam yang dibawakannya? Kita sepatunnya sedar dan menyelidik kandungan yang ada dalam sahih bukhari yang bertentangan dengan isi Quran seperti ini.

Bahkan dalam kitab sahih ini sendiri terdapat hadis yang meragukan di mana Rasul menyuruh isteri sahabat menyusukan hambanya yang telah baligh dewasa untuk menghalalkan baginya untuk menjadi anak susuan. Lihat saja isu ini yang menjadi pertelagahan 'ulama sunni di Mesir.

Oleh itu, sepatutnya kita bersama merungkai fitnah dan berita-berita palsu yang dilemparkan pada saudara semuslim kita yang lain terutamanya mereka(syiah). Kerana hari ini tuduhan dan kecaman ke atas mereka semakin rancak dilakukan. Jika kita hanya membiarkan dan melihat sahaja fitnah itu tersebar luas, sudah tentu ramai anak yang nanti menjadi yatim piatu, ramai isteri menjadi janda dan banyak nyawa yang tidak berdosa melayang sia-sia disebabkan perkelahian dan peperangan antara dua pihak yang buta ilmu. Sebab itulah dosa FITNAH itu lebih besar daripada membunuh, kerana ia menyebabkan kerosakan yang amat besar di atas muka bumi ini.

Sebab itulah, kita perlu memahami situasi, bukanlah menjadi api untuk melaga-lagakan manusia hingga tercetusnya peperangan dan pembunuhan beramai-ramai secara sia-sia. Lihat sahaja peristiwa Ambon, Perang Dunia, Bosnia, SELATAN Thailand. Ini semua gara-gara salah faham antara kita, lalu kita hanya membesar dengan kefahaman yang ditanami dengan kebencian atas elemen keagamaan dan kebangsaan. Atas nama AGAMA, KITA HILANG NILAI KEMANUSIAAN YANG MANA PALING UTAMA DIAJAR DALAM AKHLAK AGAMA.

AKHIRNYA, KITA MENGGADAIKAN AGAMA ATAS NAMA PERJUANGAN UNTUK AGAMA. DAN TINDAKAN ITU TIDAK MEMBEZAKAN AKHLAK ANDA DENGAN AKHLAK TIRANI FIRAUN. That is what I call, BLASPHEMEOUS!
MESSAGE: MEMPERTAHANKAN SYIAH BUKAN BERMAKNA KITA SYIAH. TAPI KERANA KITA TAK MAHU MELIHAT MEREKA YANG BERKATA BENAR MASIH DIHUKUM SALAH DENGAN FAKTA YANG PALSU. HANYA KERANA SANG PENUDUH ITU INGIN MENJAGA REPUTASINYA SENDIRI, MAKA MEREKA MENYANGKA MEREKA IALAH MUSLIM YANG BENAR. HAHA, LAWAKLAH ORANG MULYU NI, MENYANGKA DIRI SANGAT ISLAMIK.

Saturday, February 4, 2012

Malu Islam Malu Muslim


Dalam mengharung hari-hari yang penuh ranjau onak dan duri, kadang-kadang dah tak terasa pula duri dan onak yang melibas-libas pada badan kita di sepanjang denai itu.

Hari ini, hanya kerana mempertahankan tomahan dan fitnah ke atas saudara semuslim kita 'Syiah' maka kita terus dilabel sebagai Syiah atau jika menafikan sekalipun, kita akan dituduh berTAQIAH dan bersama dalam kelompok tersebut. Bukankah Islam mengajar untuk mempertahankan mereka yang tertindas?

Apakah hanya dengan mendalami mazhab lain menjadikan kita berpegangan mazhab lain?Bukankah antara cara untuk memahami situasi sebenar sesuatu ialah kita sendiri mengeksperimenkan diri dengan situasi itu bagi menerima 'genuine feedback'? Atau bukankah untuk mengetahui mazhab lain, kita perlu empati dan punyai pemahaman seperti mereka.

Hari ini, apabila aku sedikit mencuit sunni dengan istilah sahabat, maka tanpa usul periksa dan gelojohnya mereka terus mencapkan aku sebagai orang yang terpengaruh dalam Syiah. Maka kesimpulan yang dapat aku lihat ialah kebanyakan sunni begitu emosional untuk menilai sesuatu perkara dan cukup malas untuk bertanya dan meneliti. Apa sudahkah kita eksperimenkan diri kita untuk memahami fahaman orang lain? Apa sudah terkatup rapikah mulut kita untuk bertanyakan sebab mengapa orang lain bertindak sedemikian?

Untuk mengetahui isi hati benar seseorang, bukankah kita perlukan ujian ke atasnya? Sebagai contoh, jika seseorang menyatakan kecintaannya pada kita, apakah benar dia bersedia menerima kita seadanya? Bukankah kita kadang-kadang perlu berlakon dan mempamirkan kekurangan diri untuk dia menerima kita seadanya? Andai kata hanya ketika sebelum bernikah mereka mengetahui kebaikan kita, maka apakah kekurangan itu hanya akan didedahkan sesudah alam pernikahan. Maka apabila terbongkarnya kekurangan itu, barulah terdetik di hati tiada kesefahaman lalu melakukan penceraian, perkara halal yang sangat dibenci Tuhan? Sebelum kahwin tidak pula mendedahkan kekurangan itu untuk difahami bersama. Tetapi sudahnya keduanya termakan akibat buruk atas perbuatan sendiri.

Di sini apakah kita mahu menyalahkan takdir Tuhan? Apakah kita tidak mahu mengatasi kekurangan itu dan membaikinya? Di sinilah titik soal kejujuran bermula. Jika dia syiah apakah kamu bersedia menerimanya seadanya? Jika dia (wanita) Kristian, apakah cinta kamu (lelaki Muslim) yang ada pada wanita Kristian itu bisa membuat kamu untuk membantunya mengetahui kebenaran? Jika kamu tak upaya dan hanya acuh tak acuh untuk membantu dirinya. Nah, lupakanlah niat untuk hidup berpasangan bersamanya hingga ke syurga.
Hari ini aku belajar sesuatu perkara yang benar-benar memberi peringatan semula pada seluruh Muslim hari ini. Jika kebanyakan daripada kita BANGGA MENJADI MUSLIM, aku hanya dapat tunduk ke bawah melihat tanah memikirkan kata seorang teman;
Kalau saya tidak dapat menjaga akhlak saya, jangankan hendak kata ber'DAKWAH', mengaku MUSLIM pun tak usah. Kerana saya tidak mahu, kerana akhlak saya yang tidak lolos itu maka para 'RASUL MAKSUMIN' yang dipersalahkan. Justeru, untuk saya; jalan paling ideal ialah ber'LAKUN'. Kalau saya membuka diri dan diketahui jahat saya di sana sini, orang akan mencela RASUL dan AGAMA yang saya kasihi.

Ini saya, tidak saya memaksa pendirian saya kepada korang semua. Mungkin akhlak saudara sungguh murni; jika demikian cantik dan sempurnanya akhlak saudara - maka silalah untuk BANGGA dengan MUSLIM ANDA.
Inilah kata-kata yang mengingatkan aku kembali pada prinsip aku. Kerana itu, kadang-kadang terasa malu untuk menyatakan keISLAMan diri ini pada orang mahupun pada teman. Apatah lagi memberi tazkirah untuk membetulkan orang lain. Lalu apa yang dapat dilakukan hanyalah melakukan dahulu sebelum menyatakan pembetulan itu. Haizz.. -.-'

Hari ini, ramai yang terus menghukum daripada meneliti. Di saat ku mulai mencintai dirimu, eh silap, di saat kita mempertahankan perkara benar yang dilakukan atau dinyatakan oleh non-Muslim, kita mudah dicapkan sebagai kufur atau terbatal akidah Muslim. Sebagai contoh, terdapat satu kes di mana Kristian membantu Melayu Muslim yang miskin, maka Kristian itu dikatakan telah melakukan jenayah agama kerana dituduh punyai hasrat untuk menyebarkan dakyahnya. Maka aku mempertahankan Kristian tersebut kerana mereka telah menunaikan apa yang dikehendaki oleh ajaran Islam. Tindakan mereka itu benar kerana mereka menyalurkan uang yang berlebihan kepada orang yang susah. Bukankah itu mempamirkan mereka menunaikan zakat?

Apakah penyakit Muslim hari ini yang begitu mudah emosi tatkala orang lain yang berbeda agama melaksanakan kebaikan dan kebenaran? (maksud aku, not all Muslim, but many of them)
Jadi apakah dengan mempertahankan mereka itu sejurus terus menjadikan aku berakidah Kristianis? Apakah aku yang tidak taku pada salib menjadikan aku ini cross worshipper?
Ah, sungguh tidak adil, tidak adil, tidak adil, tidak adil, tidak adil...tidak adil.. tidak adil.... bla bla bla bla.. (maaf kaset rosak).. Jadi, kerana itu bagi aku, mereka yang melaksanakan kebaikan selari dengan ajaran yang diajar oleh para Rasul dan Maksumin lain merupakan mereka yang benar-benar mengikut Sunnah mereka (A).

Message: Bukan mudah meng'klaim' Muslim dan bukan mudah bicara DAKWAH. Kerana itu mereka sendiri memahami apa yang kita lakukan. Orang yang bijak akan menilai setiap sebab bagi setiap perkara yang kita lakukan, tetapi orang yang zalim akan terus menghukum agar kita boleh dibantai dan kelihatan buruk di khalayak ramai. Maka apakah aku perlu menzahirkan aku ini seorang pendakwah agama. Oh tidak, tidak sedikit pun terdetik untuk aku bergelar pendakwah. Cukuplah zaman mudaku dulu yang sangat beria-ia atas nama dakwah, disebabkan kekrangan ilmu, diri ini sendiri memalukan nama Islam. Mungkin hanya membiarkan diri dipersepsikan buruk di mata awam, adalah jalan berlepas tangan yang terbaik. Lebih baik kelihatan biasa, daripada mahu menunjukkan luar biasa.