Pages

Friday, March 30, 2012

Wahabi dan Abu Jahal Moden

"Setelah dua ratus tahun lamanya sebuah ajaran palsu mengambil kesempatan dengan senjata secara paksaan, memanfaatkan kejahilan dan kefanatikan sebahagian umat Islam yang tidak sedar, mereka menunjukkan halusinasi dan khayalan kepada dunia atas nama Islam. Pengikut-pengikut ajaran ini (hingga kini dikenali sebagai Wahabi dan Takfiri) telah menyebabkan pembunuhan manusia-manusia tidak berdosa, pemusnahan tempat-tempat suci, mencetuskan fobia terhadap agama dan pemerintahan tidak aman di kebanyakan rantau sedunia dengan mengeluarkan fatwa-fatwa tidak Islamik. "

>Majma' Ahlul Bait
2 Jamadil Awwal 1433.
6 Farvardir 1391.
*AMMEN MESSAGE: Mereka pandai mereka cerita menyatakan Syiah membunuh sunni di sana kerana mereka menguasai pentadbiran dan media. Apa tidak keganasan mereka ini bukan sahaja melarat ke atas syiah, malahan ke atas ahli kitab juga.
Sudah saya katakan mereka ini teroris bersalut nama Islam. Mereka mengucap syahadat tapi hati dan perbuatannya lain. Apa yg diucapkan tidak sama dengan apa yg dibuatkan, sebab itu yang dikira amal perbuatan, bukan ceramah bagai.
Anda tahu, sejarah berulang. Abu Jahal juga penguasa Makkah, tempat berkumpulnya manusia melakukan ibadat. Beliau memberi makan kepada mereka beribadat di tanah suci. Dalam hal lain pula, beliau kaut keuntungan besar atas perdagangan ramai manusia di seluruh pelosok dunia yg bertumpu di sana.

"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."
At-Taubah , 19
Cuma bezanya dengan hari ini, penguasa ini bersembunyi di bawah nama Islam. Di tanah suci itu, kita lihat betapa korupnya kesucian yang di'klaim' suci itu.

بسم الله الرحمن الرحیم

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِم إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقسِطِين.

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. - Surah Al-Mumtahanah ayat 8.

Setelah dua ratus tahun lamanya sebuah ajaran palsu mengambil kesempatan dengan senjata secara paksaan, memanfaatkan kejahilan dan kefanatikan sebahagian umat Islam yang tidak sedar, mereka menunjukkan halusinasi dan khayalan kepada dunia atas nama Islam. Pengikut-pengikut ajaran ini (hingga kini dikenali sebagai Wahabi dan Takfiri) telah menyebabkan pembunuhan manusia-manusia tidak berdosa, pemusnahan tempat-tempat suci, mencetuskan fobia terhadap agama dan pemerintahan tidak aman di kebanyakan rantau sedunia dengan mengeluarkan fatwa-fatwa tidak Islamik.

Contoh terkini daripada khayalan ajaran ciptaan ini ialah mufti pengikut ajaran Wahabi Saudi, Abdul Aziz Al Syaikh telah mengeluarkan fatwa ganjil dan tidak Islamik. Dalam fatwa ini beliau memohon supaya tempat-tempat ibadah pengikut agama Kristian dimusnahkan.

Berikutan dengan ini, Majma' Ahlul Bait selaku pertubuhan antarabangsa yang mempunyai keanggotaan ratusan elit ilmuan muslim dari berbagai negara, mempunyai sumber rujukan pemikiran dan kebudayaan di kalangan berjuta-juta insan beragama di seluruh dunia mengistiharkan:

1. Sebelum apa-apa terjadi, hendaklah semua orang tahu bahawa mufti-mufti Wahabi bukanlah mewakili agama Islam. Penduduk dunia juga perlu tahu bahawa agama yang dipropagandakan di negara Arab Saudi bukanlah Islam yang sejati, bahkan keluarga Saud di awal kurun-kurun yang silam telah menakluki Hijaz dengan kejam di samping mendapat bantuan daripada kuasa-kuasa penjajah. Sejak dari zaman itu hinggalah hari ini mereka menyiarkan kesesatan dan ketidak manusiaannya atas nama Islam dengan sokongan pemerintah.

2. Apa yang terkandung dalam fatwa ini (kewajipan memusnahkan gereja-gereja) jelas bertentangan dengan perintah Allah (s.w.t), sunnah Nabi (s.a.w) dan sirah keluarga baginda. Oleh itu mereka ini bukan sahaja ditolak oleh golongan Syiah, bahkan pihak Ahlusunnah juga tidak menerima fatwa ini. Lembaran-lembaran sejarah Islam sarat dengan berbagai saksi tentang betapa integrasinya Nabi (s.a.w) dengan Ahli kitab di Makkah dan Madinah. Bukan sahaja Nabi (s.a.w), keluarga baginda, khalifah Al-Rashidin dan pemerintah-pemerintah dunia Islam selepas itu tidak pernah mengeluarkan fatwa seperti ini, bahkan pengikut-pengikut agama Ilahi tidak di halang daripada melaksanakan manasik agama mereka.

3. Selama 1400 tahun ini, orang terdahulu daripada sahabat dan tabi'in termasuklah para fuqaha dan para imam mazhab empat Ahlusunnah tidak pernah mengeluarkan fatwa begini. Oleh itu ketua mufti-mufti Wahabi telah meludah fatwa yang tidak pernah keluar dari mana-mana halqum ahli fikah dunia Islam samada di Makkah, Madinah Al-Munawwarah, Kufah, Bashrah, Nisyaburi, Sham dan lain-lain lagi. Tidak seorang pun daripada komuniti ilmu besar umat Islam seperti Al-Azhar, Nizamiyah, Al-Mustanshiriyyah, Zaitunah dan hawzah-hawzah ilmiyah Najaf Ashraf, Qom dan Isfahan yang mengeluarkan fatwa begini.

4. Ketika Mufti Wahabi ini sentiasa menuduh orang lain mencampuri urusan dalaman Arab Saudi, beliau juga telah melampaui batas apabila fatwanya sudah keluar dari sempadan Saudi sehingga merebak ke seluruh semenanjung tanah Arab. Oleh kerana beliau mengeluarkan arahan ini ketika berada dalam pertemuan dengan anggota parlimen Kuwait, maka beliau terang-terangan turut campurtangan dalam hal ehwal dalaman dan agama negara-negara serantau yang lain lebih dari Kuwait, Bahrain, Yaman, Oman, Qatar dan Emirates Arab Bersatu.

5. Hendaklah difahamkan dengan lebih luas bahawa penjarahan tempat-tempat suci yang dilakukan oleh pihak Wahabi tidak hanya dalam lingkungan Ahli Kitab semata-mata. Bahkan lebih dari ini regim Al Saud dalam tahun-tahun awal kekuasaan, mereka telah menghina simbol suci semua firqah-firqah Islam apabila bertindak memusnahkan makam-makam suci Nabi dan para sahabat baginda di Baqi'. Pemerintah Wahabi juga telah menutup masjid-masjid dan husainiyah-husainiyah pengikut mazhab Ahlul Bait yang memaksa umat Islam di tanah wahyu itu mengerjakan solat di lorong-lorong dan jalan-jalan. Pada tanggal 3 Esfan 1384 syamsiyah, ejen kerajaan Wahabi Saudi telah meruntuhkan haram Imam Hasan Al-Askari di Samarra yang menyebabkan dukacita yang mendalam di kalangan pengikut mazhab Ahlul Bait di seluruh dunia. Setelah mengirim askar ke Bahrain, dengan kejamnya regim ini telah memusnahkan puluhan masjid dan tempat ibadat di negara tersebut. Di samping itu mereka juga telah merayakan pembakaran Al-Quran dan kitab-kitab agama dalam masjid. Serangan terbaru Wahabi ke atas tempat-tempat suci ialah di Brussels, ibunegara Belgium dua minggu lalu (28 Februari 2012). Dalam serangan ini bukan sahaja rumah Allah dibakar, bahkan imam jemaah masjid ini juga terkorban.
6. Persoalan besar kali ini ialah mengapakah para ulama Islam memilih berdiam diri dalam menghadapi fatwa begini? Bukankah sepatutnya tokoh-tokoh berbagai mazhab Islam di Mesir, Iraq, Tunisia, Syria, Lubnan, Yaman dan di seluruh pelusuk dunia tidak berkompromi dengan fatwa yang menganehkan maruah Islam ini? Tidak syak lagi tokoh-tokoh Islam ini berdiam diri dalam menghadapi bid'ah terbaru ini dan mereka juga bertanggung jawab di hadapan Allah serta RasulNya kelak. Ini disebabkan Rasulullah (s.a.w) bersabda, "Ketika bid'ah muncul di kalangan umatku, para ulama hendaklah menzahirkan keilmuannya. Barangsiapa yang tidak melakukannya, maka laknat Allah ke atasnya."

7. Kepada masyarakat sedunia, pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia serta kerajaan-kerajaan Barat dan Kristian: Sekiranya sejak dulu lagi kamu tidak menyokong para pengganas Takfiri dan Wahabi dengan berbagai cara yang membunuh umat Islam di Iraq, Pakistan dan Iran, nescaya hari ini kamu juga tidak akan diserang. Andainya kamu meninggikan suara di hari masjid-masjid dan tempat-tempat suci Syiah di Arab Saudi, Bahrain dan Pakistan diserang Wahabi, sudah tentu tidak akan sampai giliran ke gereja-gereja dan tempat-tempat suci kamu.
Kami juga memberi amaran, jikalau atas dasar politik dan penjajahan, dalam menghadapi ajaran sesat yang tidak Islamik ini kamu masih berdiam diri dan tidak menghalang aktiviti penyokong kumpulan ini, pasti akan sampai suatu hari kelak yang tidak ada lagi keamanan di dalam rumah kamu sendiri dan individu-individu ini (yang tidak sepatutnya memperalatkan agama) akan menyerang diri dan keluarga kamu seperti mana umat Islam yang dizalimi di Iraq dan Pakistan.

8. Akhir sekali, sekali lagi kami tegaskan bahawa Islam adalah agama integrasi, ihsan, mesra, damai, bebas dan adil. Al-Quran jelas sekali memaklumkan bahawa: "Tidak ada paksaan dalam beragama" - Surah Al-Baqarah ayat 256. Ahli tafsir sebenar Al-Quran, Sunnah Nabi (s.a.w), penyeru dialog antara berbagai agama mengatakan kepada Ahli Kitab:

« يَا أَهلَ الكتابِ تَعَالَوا إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ ...»(سوره مبارکه آل عمران، 64).

"Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Oleh itu, apa yang kita dengar daripada minbar-minbar, masyarakat Wahabi dan Takfiri Arab Saudi, serta dari beberapa negara lain ialah bukan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah, bahkan benar-benar penentangan terhadapnya.

Kami berharap sumber pemikiran anti kemanusiaan dapat dibasmikan dari tanah Haramain dengan pendirian jelas tokoh-tokoh agama Ibrahimiyah disusuli tindakan yang sepatutnya dari berbagai negara dan masyarakat antarabangsa. Semoga "keamanan, kedamaian dan keadilan" yang sudah menjadi peraturan abadi Islam mendominasi dunia:

«يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادخُلواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِين»

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. - Surah Al-Baqarah, ayat 208.

Wednesday, March 28, 2012

Mengimbau Kenangan

Hari ini aku terbaca satu post seorang kawan. Dan post kawan aku itu mengingatkan kengan manis aku bagaimana aku mengenal Syiah..

Begini katanya;

"Sebelum kenal dan tahu apa itu syiah, sudah ada keraguan pada dua orang nama besar ini...

1. Muawiyah bin Abu Sufyan - berperang dengan salah sorang Khulafah ArRasyidin, sebabnya tak tahu kerana masa tu pendedahan pasal perang tersebut tiada.



2. Yazid bin Muawiyah - pernah terbaca dia menyiksa seorang wanita badwi yg menyokong Saidina Ali a.s.

So, tetiba masa sekarang ni, ada pula usaha2 untuk menaikkan nama dan mengagungkan 2orang tokoh ni... Pelik... atas dasar apakah usaha2 itu dijalankan~"

Nampak sangat wahabiluminati

Tuesday, March 27, 2012

Another call for Peace


*The land of peace here mean by the land of Caanan, nowadays they call it Falestine.
When I looked into European's religious movement, they are moving it by the call of peace, freedom and tranquillity.

In my own 'fantasy' land, I disappointed with our own cleric, they spreading their words by cursing others religion especially the Jews. I found these 'holier than me' people, are teaching Islam with hatred and grudge. I don't see any love, peaceful and tranquillizing effect in their so called da'wah. I am really disappointed. Thus, when I questioning their teaching, I will be condemned as I was the only person of minority among them. Yet, they got the whole majority of supporters.

But what did relieve me is, when I looked at the outside of my country, I found Islam, the true genuine Islam was implemented by them. And they are the ally of peacemakers which consist of the Jews, Christians, and Muslim which had revolved as among the believers. They unite to prepare the world for the ariving of the coming messiah and Al-Mahdi (pbut) as promised by the Last Messenger of God (pbuh). Those ill-cleric of my own local 'fantasy' land only using the Arabic words to masked on their war-waging and mischievous talk and attitudes. And yet they proud to declare they are Islamic movement.

Please, if you see these type of people, don't easily accept it as they representing all the Muslims. Yet they are representing those Freemasonry movement. Their mind were corrupted, their heart filled with ignorance and arrogance. An individual does not representing the whole nation neither a religious teaching.

While I was searching for shiite cleric talks, I found these Syrian cleric;

"Let's build a new generation, believes that advancing human civilization is a join project, and the most holy things in the universe are humankind and freedom, after God Almighty, and if we want spread peace through the universe, we should spread from the land of peace."
:by Syrian Grand Mufti
This honourable cleric is a peaceful man, if we heard the fatwa of emotionally stated for bloodshed and irrespectively curse others, thus that fatwa's givers might be ill-corrupted by his own felt 'holier felt'-extremism. How many 'cleric' are nowadays using their turbans to make killings and curses as halal as their holy weapon?
Compare it with our own land, how're they progressing. How the deceivers are deceiving peoples.



*The Messenger of Allah (saas): SEVENTY THOUSAND PEOPLE FROM MY COMMUNITY WEARING TURBANS WILL FOLLOW THE 'Deciever'. (Musannaf of ‘Abd ar-RazzaqAbu Bakr Abd ar-Razzaq ibn Hammam, XI, p. 393)

*SEVENTY THOUSAND SCHOLARS WITH TURBANS FROM MY COMMUNITY WILL FOLLOW THE 'Deciever'. (Ahmad ibn Hanbal, Musnad, p. 796)

Sunday, March 25, 2012

Mesej buat SB

Sejak mula tgk isi bible, mula nak faham sejarah agama, masa itu jugaklah akan datang sekali bijak pandai yang akan suppress apa yang nak diketahui.

Untuk mereka para SB yang selalu 'stalking' dan bicara pasal orang lain di belakang-belakang tanpa redha orang yang dibicarakan tu, maka terima kasih kerana bertindak bijak mengumpat orang di belakang.

Iya, mungkin dalam fahaman mazhab SB diharuskan mengumpat. Mungkin SB menerima talian wahyu daripada guru-guru keramat mereka, namun harus diingat, niat anda atau nawaitu showmaghadin anda itu lebih diketahui oleh diri anda sendiri.

Saya sudah menduga, kalau mula libatkan diri dengan kajian interfaith dan intrafaith, saya akan lebih bersifat protective dan tolerant pada agama lain, khususnya ahli kitab. Namun perubahan yang saya bawakan ini pasti akan mengundang tentangan daripada pentaklid-pentaklid dan pentaksub guru dan mereka yang mengklaim diri sebagai pejuang agama ataupun Da'ie(pendakwah). Mereka ini yang ketandusan hujah akan bersekongkol dan mengunakan ustaz-ustazue mereka sebagai kubu pertahanan dan senjata untuk 'suppress' tindakan dan aktiviti saya. Dan perkara itu saya sudah rasakan mula bercambah subur kebelakangan ini.

Biasalah, bila dah tak sehaluan, kawan akan menjadi lawan. Mereka serta merta menjadi bijak untuk menjatuhkan orang lain lalu mudah memfokuskan pada negativiti lawannya agar dia jatuh walau dengan apa cara sekalipun.

Maaf untuk dikatakan, tidak sehaluan bukan bermakna benci kebenaran, tapi apa yang mereka lakukan itu tidak mempamerkan Islam. Dulu saya lihat mereka mulia dan saya letakkan kepercayaan atas mereka. Tapi hari ini, saya lihat mereka cuma berimamkan duit dan pengaruh. Hanya kerana berasa gah atas posisi yang ada, mereka men'defy'kan kawan yang tidak menyokong mereka.

Begitulah hakikat saya yang bertukar haluan untuk mengkaji Syiah. Ulama mereka rendah diri, rendah hati. Pekertinya mulia. Sentiasa menjauhi amalan debat. Tidak seperti saya, jauh lagi untuk belajar bersikap seperti mereka. Ulama-ulama dan ustaz sunni yang saya jumpa, rata-rata sudah merasa cukup ilmunya dan mulia perilakunya untuk mengajar orang lain. Sudah merasa cukup untuk mengetuai yang lain. Berdebat selalu berselindung di balik Quran untuk menghentam lawannya. (Tidak semua ulama sunni sebegitu, yang disebut ini cuma kebanyakan, sedikit sahaja yang saya lihat sangat murni). Patutlah ulama syiah tidak dilatih untuk menghentam mereka yang tak sealiran dengannya, mereka hanya dilatih untuk memberikan sebab dan hujah bagi menjawab tuduhan palsu ke atas mereka.

Bagaimana saya perlu mengikut kelompok yang cakap tak serupa bikin? Bukankah saya perlu mengikut mereka yang kurang cakapnya tapi jitu amalannya atau praktisnya? Ohoh, mungkin masyarakat sekitar saya sedang hebah bergosip saya ini Syiah sesat. Maaf, saya tidak mampu menjadi syiah, adalah lebih baik orang mengenali saya sebagai humanitarian atau man of freedom. Jika anda hendak memanggil saya atheist pun tak mengapa, cuma bertanggungjawablah nanti di Hari Perhitungan.

Baiklah, SB mungkin 'abbreviation' buat 'special branch', atau mata-mata pengintip yang menjejak setiap perilaku seseorang. Apatah lagi kalau SB ini di kalangan orang melayu, ia akan menjadi SB kuasa dua, iaitu 'Si Busuk Special Branch'.


Busuk yang dimaksudkan bukanlah busuk tak mandi, tetapi busuknya hati manusia-manusia yang berpenyakit ini.

Wah, kita boleh lihat bagaimana mereka boleh gunakan ayat-ayat cinta bersama elemen islami dalam pelbagai bidang. Sama ada bidang debat, nyanyian, hiburan dan lain-lain.
Apatah lagi untuk menyatakan dan membuktikan kesesatan orang yang tidak sehaluan dengan mereka walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah sekalipun.

Dahulu, kelompok-kelompok inilah yang aku duduk bersama untuk mengenali agama. Tapi, hakikatnya, apabila kita duduk bersama mereka, kita dapat lihat belang mereka yang sebenarnya. Apa yang saya lihat ialah cantik topeng dari wajahnya.


Walaupun nama gerakannya Islam, nilai yang dipraktiskan saya tidak nampak kehadiran nilai Islamnya, apa Islam menganjurkan perbuatan me'sesat'kan orang lain? Apa Islam mengajar kita untuk melaknat Ahli Kitab secara membuta tuli? Apa Islam mengajar kita untuk menebar fitnah ke atas sudara semuslim sendiri. Tidak kiralah anda namanya Parti Islam atau Parti Melayu, kalau anda mengajarkan kesalahan, apa hujahnya untuk saya mengikuti kesalahan yang anda ajarkan?

Apa yang mahu saya jawabkan pada Tuhan kerana mengikut kesalahan ketua yang bermasalah? Apa pangkat dan gelaran ustaz itu sudah cukup untuk saya menghalalkan kecelaruan yang diamalkan? Apa saya tak punya kebebasan bersuara untuk menyatakan kefahaman saya? Apa saya tiada hak lagi untuk berfikir? Apa anda seorang sahaja yang punya guru dan ilmu?

Oh, mungkin kerana anda punya pangkat dan pendokong yang ramai sudah menjadi lesen untuk membetulkan segala tindakan andanyie itu pun(Johan).

Sudahlah, dahulu saya amat menghormati kelompok yang dikatakan pejuang agama ini, tapi hari ini saya cuma melihat ini kelompok memperjuangkan kepentingan diri agar tidak hilang pengaruh dan kemewahan yang ada. Ada yang sanggup jual kawan dalam meniaga. Siap menggunakan nama agama untuk perniagaan MLM mereka. Lawaklah, akhir zaman ini kita boleh berjumpa dengan penjual-penjual dan penjaja agama.

Lepas ini blog baru ini akan menjadi perhatian tajam SB kuasa dua ini.

1. Mereka akan cuba mencari point untuk mereportkan hasil tulisan ini kepada jabatan agama dengan tuduhan menyebarkan ajaran sesat
2. Mereka akan cuba lagi mengutarakan blog ini ke pihak atasan Univasataritas, seperti mana yang dilakukan sebelum ini. Hmm..

Ammen Message: Itulah adat manusia, kita tak kira bangsa, tapi dalam bangsa inilah saya lihat ramai manusia berpenyakit. Saya dapat rasa mata-mata yang tajam melihat dan memandang apabila lalunya saya di hadapan mereka. Tapi saya buat tak tahu, kerana atas salah apa yang mereka cuba buktikan untuk menjatuhkan saya. Jika di sekolah rendah kita dapat lihat manusia zalim di kalangan pelajar membuli mereka (minoriti) yang lemah secara fizikal. Tapi di alam universitas, kita dapat lihat, mereka yang terdiri daripada topeng Islam menggunakan taktik halus untuk membinasakan kawan. Sebab itulah mereka digelar SB kuasa dua, ataupun Si Busuk Special Branch. Kerana busuknya hati tidak dapat dilitupi minyak wangi.

-.-', masakan aku tidak tahu orang akan bergosip tentang aku. "Oh, Kamil sesat, Oh, Kamil Syiah. Apa anda ingat saya takut kehilangan saham tidak diminati wanita. Apa anda ingat saya perlu menjual agama untuk mendapat pengaruh wanita. Iya, di sini wanita akan memandang serong dan menyumpah seranah saya. Tapi itu tidak sedikitpun menjadi hujah mereka benar dan saya sesat". Lihat sahaja kisah seorang pemuda bersama bapa dan keldai yang melewati beberapa buah kampung. Apa sahaja yang dilakukan mereka, orang kebanyakan tidak akan pernah berpuas hati. Kerana hati mereka itu berpenyakit. Sakit apa saya tidak tahu. Tanya Ahmad Deedat, mengapa Muslim hari ini, cuma menyebut Muhammad saaw pada ketika tertentu sahaja.

Apa yang saya dapat simpulkan, rata-rata, penganut di Malaiiu ini punya agama berdasarkan tradisi turun temurun. Mereka hanya menurut, tidak memikirkan agama apa yang mereka percayai sebenarnya. Saya tidak mahu menjadi seperti itu, kerana itu saya melawan apa yg pincang, apa yang tidak bersesuaian.

Anda ingat Tuhan suruh kita percaya buta dan beramal buta? Jika tidak, tidak mungkin hampir seluruh ayat-Nya menyeru kita untuk berfikir.

Jika tutur saya kasar, maafkan saya, tapi jika anda berkasar, maafkan siapa atau masih menuding pada saya?

-Khas buat SB kuasa dua

Saturday, March 24, 2012

Janji Muhammad s.a.a.w

Sayyed Hassan Nasrallah (h.a.) to Imam Husayn (a.s.): 'We will never allow Karbala to be repeated again to our present Imam (Imam Mahdi)'.

Dalam byk2 kelompok penganut agama, mereka ini(Syiah) sahaja yg benar2 meyakini janji tentang Imam Mahdi a.s.. Hari ini,jika orang barat sibuk menyatakan kedatangan Messiah, Syiah ini pula sibuk menyatakan kemunculan semula Al-Qaim(Mahdi) a.s..

Saya terdiam dan merenung ke langit gelap, selama ini siapa yg benar-benar percaya pada janji Muhammad saaw. Apabila saya melihat saudara sunni, apabila disebut tentang Imam Mahdi a.s, mereka cuma tersengih menggelakkan saya seolah-olah itu cerita dongeng purba kala yang tiada kena mengena dengan zaman moden ini. Apabila Muhammad saaw berkata, ia pasti benar, dan apabila baginda saaw berjanji, sudah pasti janji itu akan tertunai.

Sebab itulah saya sangat menyukai Syiah 'Ali ini, walaupun saya tidak mampu menjadi Syiah

Thursday, March 15, 2012

Kunci Mereka Menemui Kebenaran?

"I went to a mosque in Qom in Iran, and had this intensed, spiritual awakening ... when I left the mosque, the feeling never left me". _Lauren Booth selaku ipar Tony Blair.


Di tanah asing luar sana kurang bicara tentang agama, tetapi ramai yg terbuka hati memeluk Islam. Di tanah saya banyak yg bicara perjuangan agama, tapi ramai pula yg murtad. Yang diIslamkan pula goyah terhuyung hayang. Ini yg saya selalu fikirkan, apakah kuncinya?

Kata orang bijak pandai, orang beragama itu ada dua, yang bercakap tentang agama, dan berfikir tentang agama. Saya lihat Lauren Booth lebih banyak berfikir dan punya nilai2 humaniti selari dengan nilai2 keamanan.


Saya tidak hairan dia boleh peroleh Petunjuk. Hatinya Bersih..Bersih..Bersih..Bersih(100x) uhuk3... (saya lihat di luar sana, ramai pejuang pecinta alam sekitar dan pejuang kemanusiaan.. Mereka berjuang untuk melihat manusia lain turut punyai hidup yang bahagia sperti mana sewajarnya dimiliki setiap insan, mereka bersusah tanpa mengharap pahala maupun syurga.. mungkin ini kuncinya, hatinya ikhlas dan bersih... bersih.. bersih.. bersih...)


Ammen Message: Pejuang keamanan selalu menemui kebenaran. Pelaku nilai Islam tidak semestinya terdiri daripada kalangan mereka yang lahirnya Islam, tetapi mereka yang punya empati, rasionaliti, belas kasihan dan peribadi yang mulia. Sudah tentu kita tertanya-tanya, mengapa mereka di luar sana kadang kala beraksi lebih mulia daripada kita yang lahirnya Muslim bukan?