Pages

Friday, March 30, 2012

Wahabi dan Abu Jahal Moden

"Setelah dua ratus tahun lamanya sebuah ajaran palsu mengambil kesempatan dengan senjata secara paksaan, memanfaatkan kejahilan dan kefanatikan sebahagian umat Islam yang tidak sedar, mereka menunjukkan halusinasi dan khayalan kepada dunia atas nama Islam. Pengikut-pengikut ajaran ini (hingga kini dikenali sebagai Wahabi dan Takfiri) telah menyebabkan pembunuhan manusia-manusia tidak berdosa, pemusnahan tempat-tempat suci, mencetuskan fobia terhadap agama dan pemerintahan tidak aman di kebanyakan rantau sedunia dengan mengeluarkan fatwa-fatwa tidak Islamik. "

>Majma' Ahlul Bait
2 Jamadil Awwal 1433.
6 Farvardir 1391.
*AMMEN MESSAGE: Mereka pandai mereka cerita menyatakan Syiah membunuh sunni di sana kerana mereka menguasai pentadbiran dan media. Apa tidak keganasan mereka ini bukan sahaja melarat ke atas syiah, malahan ke atas ahli kitab juga.
Sudah saya katakan mereka ini teroris bersalut nama Islam. Mereka mengucap syahadat tapi hati dan perbuatannya lain. Apa yg diucapkan tidak sama dengan apa yg dibuatkan, sebab itu yang dikira amal perbuatan, bukan ceramah bagai.
Anda tahu, sejarah berulang. Abu Jahal juga penguasa Makkah, tempat berkumpulnya manusia melakukan ibadat. Beliau memberi makan kepada mereka beribadat di tanah suci. Dalam hal lain pula, beliau kaut keuntungan besar atas perdagangan ramai manusia di seluruh pelosok dunia yg bertumpu di sana.

"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."
At-Taubah , 19
Cuma bezanya dengan hari ini, penguasa ini bersembunyi di bawah nama Islam. Di tanah suci itu, kita lihat betapa korupnya kesucian yang di'klaim' suci itu.

بسم الله الرحمن الرحیم

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِم إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقسِطِين.

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. - Surah Al-Mumtahanah ayat 8.

Setelah dua ratus tahun lamanya sebuah ajaran palsu mengambil kesempatan dengan senjata secara paksaan, memanfaatkan kejahilan dan kefanatikan sebahagian umat Islam yang tidak sedar, mereka menunjukkan halusinasi dan khayalan kepada dunia atas nama Islam. Pengikut-pengikut ajaran ini (hingga kini dikenali sebagai Wahabi dan Takfiri) telah menyebabkan pembunuhan manusia-manusia tidak berdosa, pemusnahan tempat-tempat suci, mencetuskan fobia terhadap agama dan pemerintahan tidak aman di kebanyakan rantau sedunia dengan mengeluarkan fatwa-fatwa tidak Islamik.

Contoh terkini daripada khayalan ajaran ciptaan ini ialah mufti pengikut ajaran Wahabi Saudi, Abdul Aziz Al Syaikh telah mengeluarkan fatwa ganjil dan tidak Islamik. Dalam fatwa ini beliau memohon supaya tempat-tempat ibadah pengikut agama Kristian dimusnahkan.

Berikutan dengan ini, Majma' Ahlul Bait selaku pertubuhan antarabangsa yang mempunyai keanggotaan ratusan elit ilmuan muslim dari berbagai negara, mempunyai sumber rujukan pemikiran dan kebudayaan di kalangan berjuta-juta insan beragama di seluruh dunia mengistiharkan:

1. Sebelum apa-apa terjadi, hendaklah semua orang tahu bahawa mufti-mufti Wahabi bukanlah mewakili agama Islam. Penduduk dunia juga perlu tahu bahawa agama yang dipropagandakan di negara Arab Saudi bukanlah Islam yang sejati, bahkan keluarga Saud di awal kurun-kurun yang silam telah menakluki Hijaz dengan kejam di samping mendapat bantuan daripada kuasa-kuasa penjajah. Sejak dari zaman itu hinggalah hari ini mereka menyiarkan kesesatan dan ketidak manusiaannya atas nama Islam dengan sokongan pemerintah.

2. Apa yang terkandung dalam fatwa ini (kewajipan memusnahkan gereja-gereja) jelas bertentangan dengan perintah Allah (s.w.t), sunnah Nabi (s.a.w) dan sirah keluarga baginda. Oleh itu mereka ini bukan sahaja ditolak oleh golongan Syiah, bahkan pihak Ahlusunnah juga tidak menerima fatwa ini. Lembaran-lembaran sejarah Islam sarat dengan berbagai saksi tentang betapa integrasinya Nabi (s.a.w) dengan Ahli kitab di Makkah dan Madinah. Bukan sahaja Nabi (s.a.w), keluarga baginda, khalifah Al-Rashidin dan pemerintah-pemerintah dunia Islam selepas itu tidak pernah mengeluarkan fatwa seperti ini, bahkan pengikut-pengikut agama Ilahi tidak di halang daripada melaksanakan manasik agama mereka.

3. Selama 1400 tahun ini, orang terdahulu daripada sahabat dan tabi'in termasuklah para fuqaha dan para imam mazhab empat Ahlusunnah tidak pernah mengeluarkan fatwa begini. Oleh itu ketua mufti-mufti Wahabi telah meludah fatwa yang tidak pernah keluar dari mana-mana halqum ahli fikah dunia Islam samada di Makkah, Madinah Al-Munawwarah, Kufah, Bashrah, Nisyaburi, Sham dan lain-lain lagi. Tidak seorang pun daripada komuniti ilmu besar umat Islam seperti Al-Azhar, Nizamiyah, Al-Mustanshiriyyah, Zaitunah dan hawzah-hawzah ilmiyah Najaf Ashraf, Qom dan Isfahan yang mengeluarkan fatwa begini.

4. Ketika Mufti Wahabi ini sentiasa menuduh orang lain mencampuri urusan dalaman Arab Saudi, beliau juga telah melampaui batas apabila fatwanya sudah keluar dari sempadan Saudi sehingga merebak ke seluruh semenanjung tanah Arab. Oleh kerana beliau mengeluarkan arahan ini ketika berada dalam pertemuan dengan anggota parlimen Kuwait, maka beliau terang-terangan turut campurtangan dalam hal ehwal dalaman dan agama negara-negara serantau yang lain lebih dari Kuwait, Bahrain, Yaman, Oman, Qatar dan Emirates Arab Bersatu.

5. Hendaklah difahamkan dengan lebih luas bahawa penjarahan tempat-tempat suci yang dilakukan oleh pihak Wahabi tidak hanya dalam lingkungan Ahli Kitab semata-mata. Bahkan lebih dari ini regim Al Saud dalam tahun-tahun awal kekuasaan, mereka telah menghina simbol suci semua firqah-firqah Islam apabila bertindak memusnahkan makam-makam suci Nabi dan para sahabat baginda di Baqi'. Pemerintah Wahabi juga telah menutup masjid-masjid dan husainiyah-husainiyah pengikut mazhab Ahlul Bait yang memaksa umat Islam di tanah wahyu itu mengerjakan solat di lorong-lorong dan jalan-jalan. Pada tanggal 3 Esfan 1384 syamsiyah, ejen kerajaan Wahabi Saudi telah meruntuhkan haram Imam Hasan Al-Askari di Samarra yang menyebabkan dukacita yang mendalam di kalangan pengikut mazhab Ahlul Bait di seluruh dunia. Setelah mengirim askar ke Bahrain, dengan kejamnya regim ini telah memusnahkan puluhan masjid dan tempat ibadat di negara tersebut. Di samping itu mereka juga telah merayakan pembakaran Al-Quran dan kitab-kitab agama dalam masjid. Serangan terbaru Wahabi ke atas tempat-tempat suci ialah di Brussels, ibunegara Belgium dua minggu lalu (28 Februari 2012). Dalam serangan ini bukan sahaja rumah Allah dibakar, bahkan imam jemaah masjid ini juga terkorban.
6. Persoalan besar kali ini ialah mengapakah para ulama Islam memilih berdiam diri dalam menghadapi fatwa begini? Bukankah sepatutnya tokoh-tokoh berbagai mazhab Islam di Mesir, Iraq, Tunisia, Syria, Lubnan, Yaman dan di seluruh pelusuk dunia tidak berkompromi dengan fatwa yang menganehkan maruah Islam ini? Tidak syak lagi tokoh-tokoh Islam ini berdiam diri dalam menghadapi bid'ah terbaru ini dan mereka juga bertanggung jawab di hadapan Allah serta RasulNya kelak. Ini disebabkan Rasulullah (s.a.w) bersabda, "Ketika bid'ah muncul di kalangan umatku, para ulama hendaklah menzahirkan keilmuannya. Barangsiapa yang tidak melakukannya, maka laknat Allah ke atasnya."

7. Kepada masyarakat sedunia, pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia serta kerajaan-kerajaan Barat dan Kristian: Sekiranya sejak dulu lagi kamu tidak menyokong para pengganas Takfiri dan Wahabi dengan berbagai cara yang membunuh umat Islam di Iraq, Pakistan dan Iran, nescaya hari ini kamu juga tidak akan diserang. Andainya kamu meninggikan suara di hari masjid-masjid dan tempat-tempat suci Syiah di Arab Saudi, Bahrain dan Pakistan diserang Wahabi, sudah tentu tidak akan sampai giliran ke gereja-gereja dan tempat-tempat suci kamu.
Kami juga memberi amaran, jikalau atas dasar politik dan penjajahan, dalam menghadapi ajaran sesat yang tidak Islamik ini kamu masih berdiam diri dan tidak menghalang aktiviti penyokong kumpulan ini, pasti akan sampai suatu hari kelak yang tidak ada lagi keamanan di dalam rumah kamu sendiri dan individu-individu ini (yang tidak sepatutnya memperalatkan agama) akan menyerang diri dan keluarga kamu seperti mana umat Islam yang dizalimi di Iraq dan Pakistan.

8. Akhir sekali, sekali lagi kami tegaskan bahawa Islam adalah agama integrasi, ihsan, mesra, damai, bebas dan adil. Al-Quran jelas sekali memaklumkan bahawa: "Tidak ada paksaan dalam beragama" - Surah Al-Baqarah ayat 256. Ahli tafsir sebenar Al-Quran, Sunnah Nabi (s.a.w), penyeru dialog antara berbagai agama mengatakan kepada Ahli Kitab:

« يَا أَهلَ الكتابِ تَعَالَوا إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ ...»(سوره مبارکه آل عمران، 64).

"Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Oleh itu, apa yang kita dengar daripada minbar-minbar, masyarakat Wahabi dan Takfiri Arab Saudi, serta dari beberapa negara lain ialah bukan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah, bahkan benar-benar penentangan terhadapnya.

Kami berharap sumber pemikiran anti kemanusiaan dapat dibasmikan dari tanah Haramain dengan pendirian jelas tokoh-tokoh agama Ibrahimiyah disusuli tindakan yang sepatutnya dari berbagai negara dan masyarakat antarabangsa. Semoga "keamanan, kedamaian dan keadilan" yang sudah menjadi peraturan abadi Islam mendominasi dunia:

«يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادخُلواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِين»

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. - Surah Al-Baqarah, ayat 208.

No comments:

Post a Comment