1)
Kenapa tidak terdapat orang syiah di penjara
Guantanamo?
Jawab: Pertama kita perlu tahu, apakah
fungsi Guantanomo? -> Membanteras teroris.
Idea yang cuba diketengahkan oleh pereka
mesej berantai ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menuduh kononnya syiah
dilindungi US. Oleh kerana itu mereka(syiah) tidak berada di penjara Guantanamo.
Hujah seperti ini sangat dangkal dan rapuh
kerana kita juga boleh persoalkan bahawa orang2 cina, melayu, orang asli dan
negrito ataupun musuh utama Amerika seperti Rusia tidak terdapat di Guantanamo
Bay. Adakah semua orang2 yang tiada di dalam Guantanamo Bay kita boleh sabitkan
semuanya sebagai sekutu Amerika? Jika begitu, mereka yang bermazhab bukan syafie,
maupun maliki, hanbali dan hanafi yang
tidak ditangkap masuk ke Guantanamo Bay juga disabitkan sebagai tali barut US
juga kan.
: Hillary Clinton sendiri membuat klaim
bahawa Al-Qaeda ialah ciptaan mereka.
Menurut klaim Hillary, mereka(US)
memerangi anjing2 belaan (Al-Qaeda) mereka, kerana telah berpaling tadah pada Amerika dan keganasan yang dilakukan oleh teroris2
ini. Jadi tidak hairan umat2 Al-Qaeda yang disyaki terlibat dengan pengeboman
tempat2 awam ini banyak yang ditahan di Guantanamo Bay. Oleh itu, kesalahan
ekstrimis puak-puak pelampau ini tidak seharusnya dipalitkan pada orang lain
maupun mazhab lain.
PENGAJARAN: Rujukan dan referensi sahih dan
utuh perlulah dianalisa, bukan terhad pada tesis2 ijazah sahaja. Menelan berita
bulat2 daripada mesej2 berantai ini bukanlah ciri-ciri ajaran Islam.
Sabda Nabi saaw, , “…Dan Allah MEMBENCI
bila kalian “qiila wa qaala “(berkata hanya berlandaskan “katanya…”)….”
[HR Muslim]
Ditafsirkan oleh Ibnu Katsiir
rahimahullaah, makna “qiila wa qaal”
Yaitu orang yang BANYAK BICARA tentang
perkataan orang lain,
- TANPA MENELITI KEBENARANNYA,
- TANPA MEMASTIKANNYA (terlebih dahulu)
- dan TANPA MENCARI KEJELASAN (tentang
kebenarannya)
[Tafsir Ibnu Katsir]
NOTA: Umum mengetahui bahawa kuasa Rusia merupakan musuh ketat US. Ada warga Rusia dalam Guantanamo? Jawapnya tidak ada, tetapi apakah Rusia sekutu US? Tidak juga.

No comments:
Post a Comment