.jpg)
Umum mengetahui dalam kisah Perjanjian Hudaibiyah, Abu Bakr dan Umar ialah kelompok sahabat yang meragui dan membantah keputusan Nabi s.a.a.w hinggakan Umar sendiri mengklaim bahawa beliau meragui kenabian Muhammad s.a.a.w.
Ustaz aku yang daripada aliran sunni sendiri berceritakan sejak sekolah rendah sekali. Kemudian aku sangat respek pada sahabat-sahabat Nabi s.a.a.w yang langsung tidak membantah dan taat kerana sudah mengetahui bahawasanya setiap segala keputusan Nabi s.a.a.w ialah berdasarkna wahyu dan penuh dengan hikmah.
Jadi, aku hairan kepada saudara-saudara sunni yang lain. Kenapa Salman Al-Farisi yang lebih hebat dan taat pada Nabi s.a.a.w tidak dilihat imannya lebih tinggi daripada Abu Bakr? Sedangkan Salman Al-Farisi merupakan seorang tokoh yang bijak dalam urusan perang dan sesekali tidak pernah menyangkal Nabi s.a.a.w. Bahkan beliau sendiri berusaha keras untuk mencari kebenaran seperti yang termaktub dalam "kitanb-kitab suci" sebelumnya. Oleh itu, Salman Al-Farisi yang telah bertukar-tukar agama daripada majusi kepada Nasara hinggalah kepada Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar s.a.a.w, telah berjaya menemui Baginda s.a.a.w seperti yang diceritakan oleh Nabi-Nabi a.s yang terdahulu.
Hayati kisah Salman Al-Farisi di sini
No comments:
Post a Comment