Pages

Saturday, April 27, 2013

Masyarakat dan Wanita

Apabila disebutkan janda, ramai di antara lelaki yang memandang serong pada mereka. Dah pastinya di kalangan budak muda yang melihat janda sebagai wanita yang kegersangan juga wanita 'second' hand yang dah tiada apa-apa lagi.



Bagi aku pandangan seperti itu tidak benar. Itu ialah pandangan bagi mereka yang sering memandang hina terhadap saudara mereka yang lain. Golongan yang gemar merendah-rendahkan dan menghina kelompok-kelompok lain ini ialah golongan manusia yang berpenyakit. Kehinaan dan keaiban saudara mereka yang lain sering dihebah-hebahkan agar tertutup keaiban mereka sendiri.
(Semoga Tuhan membuka aib mereka pula nanti)

Janda merupakan golongan yang lemah yang sepatutnya dibantu. Sebabnya mereka kehilangan tempat bergantung setelah kehilangan suami atau pemimpin lelaki dalam keluarganya, apatah lagi jika keluarganya tiada lelaki untuk membantu mereka membuat kerja-kerja berat. Oleh itu, janda merupakan salah satu kelompok yang susah berstatus ibu tunggal yang sepatutnya dibantu sebaiknya. Bukannya dilihat sebagai alat maupun barangan terpakai yang dipandang hina.

Perasaan kasihan terhadap ibu tunggal ini tidak membuatkan aku berasa bersendirian hinggalah aku terjumpa satu hadis:

“Orang yang membantu perempuan janda dan orang miskin, samalah seperti berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih, dan seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka.” 
[HR Bukhari]
Oleh itu, siapa-siapa yang tertindas dan sukar hidupnya seperti janda dan orang miskin, apatah lagi janda yang miskin, seharusnya dibantu. Bukanlah diherdik dan diburuksangkakan dengan pelbagai tomahan dan kejian.

Adat dunia yang penuh dengan manusia, apakah syurga akan wujud buat manusia yang sering berprasangka dan menghina-hina walaupun amal ibadat sejadah tasbihnya tak pernah lupa?


No comments:

Post a Comment