Pages

Saturday, November 30, 2013

MESEJ PERTAMA Soalan Mesej Berantai Syiah


1)      Kenapa tidak terdapat orang syiah di penjara Guantanamo?

Jawab: Pertama kita perlu tahu, apakah fungsi Guantanomo? -> Membanteras teroris.
Idea yang cuba diketengahkan oleh pereka mesej berantai ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menuduh kononnya syiah dilindungi US. Oleh kerana itu mereka(syiah) tidak berada di penjara Guantanamo.

Hujah seperti ini sangat dangkal dan rapuh kerana kita juga boleh persoalkan bahawa orang2 cina, melayu, orang asli dan negrito ataupun musuh utama Amerika seperti Rusia tidak terdapat di Guantanamo Bay. Adakah semua orang2 yang tiada di dalam Guantanamo Bay kita boleh sabitkan semuanya sebagai sekutu Amerika? Jika begitu, mereka yang bermazhab bukan syafie, maupun  maliki, hanbali dan hanafi yang tidak ditangkap masuk ke Guantanamo Bay juga disabitkan sebagai tali barut US juga kan.

: Hillary Clinton sendiri membuat klaim bahawa Al-Qaeda ialah ciptaan mereka.




Menurut klaim Hillary, mereka(US) memerangi anjing2 belaan (Al-Qaeda) mereka, kerana telah berpaling tadah pada Amerika dan keganasan yang dilakukan oleh teroris2 ini. Jadi tidak hairan umat2 Al-Qaeda yang disyaki terlibat dengan pengeboman tempat2 awam ini banyak yang ditahan di Guantanamo Bay. Oleh itu, kesalahan ekstrimis puak-puak pelampau ini tidak seharusnya dipalitkan pada orang lain maupun mazhab lain.

PENGAJARAN: Rujukan dan referensi sahih dan utuh perlulah dianalisa, bukan terhad pada tesis2 ijazah sahaja. Menelan berita bulat2 daripada mesej2 berantai ini bukanlah ciri-ciri ajaran Islam.
Sabda Nabi saaw, , “…Dan Allah MEMBENCI bila kalian “qiila wa qaala “(berkata hanya berlandaskan “katanya…”)….”
[HR Muslim]

Ditafsirkan oleh Ibnu Katsiir rahimahullaah, makna “qiila wa qaal”

Yaitu orang yang BANYAK BICARA tentang perkataan orang lain,

- TANPA MENELITI KEBENARANNYA,
- TANPA MEMASTIKANNYA (terlebih dahulu)
- dan TANPA MENCARI KEJELASAN (tentang kebenarannya)
[Tafsir Ibnu Katsir]


NOTA: Umum mengetahui bahawa kuasa Rusia merupakan musuh ketat US. Ada warga Rusia dalam Guantanamo? Jawapnya tidak ada, tetapi apakah Rusia sekutu US? Tidak juga.

Saturday, June 15, 2013

Mengapa Salman Al-Farisi yang tidak diangkat lebih Imannya daripada Abu Bakr?



Umum mengetahui dalam kisah Perjanjian Hudaibiyah, Abu Bakr dan Umar ialah kelompok sahabat yang meragui dan membantah keputusan Nabi s.a.a.w hinggakan Umar sendiri mengklaim bahawa beliau meragui kenabian Muhammad s.a.a.w.

Ustaz aku yang daripada aliran sunni sendiri berceritakan sejak sekolah rendah sekali. Kemudian aku sangat respek pada sahabat-sahabat Nabi s.a.a.w yang langsung tidak membantah dan taat kerana sudah mengetahui bahawasanya setiap segala keputusan Nabi s.a.a.w ialah berdasarkna wahyu dan penuh dengan hikmah.

Jadi, aku hairan kepada saudara-saudara sunni yang lain. Kenapa Salman Al-Farisi yang lebih hebat dan taat pada Nabi s.a.a.w tidak dilihat imannya lebih tinggi daripada Abu Bakr? Sedangkan Salman Al-Farisi merupakan seorang tokoh yang bijak dalam urusan perang dan sesekali tidak pernah menyangkal Nabi s.a.a.w. Bahkan beliau sendiri berusaha keras untuk mencari kebenaran seperti yang termaktub dalam "kitanb-kitab suci" sebelumnya. Oleh itu, Salman Al-Farisi yang telah bertukar-tukar agama daripada majusi kepada Nasara hinggalah kepada Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar s.a.a.w, telah berjaya menemui Baginda s.a.a.w seperti yang diceritakan oleh Nabi-Nabi a.s yang terdahulu.

Hayati kisah Salman Al-Farisi di sini

Saturday, April 27, 2013

Masyarakat dan Wanita

Apabila disebutkan janda, ramai di antara lelaki yang memandang serong pada mereka. Dah pastinya di kalangan budak muda yang melihat janda sebagai wanita yang kegersangan juga wanita 'second' hand yang dah tiada apa-apa lagi.



Bagi aku pandangan seperti itu tidak benar. Itu ialah pandangan bagi mereka yang sering memandang hina terhadap saudara mereka yang lain. Golongan yang gemar merendah-rendahkan dan menghina kelompok-kelompok lain ini ialah golongan manusia yang berpenyakit. Kehinaan dan keaiban saudara mereka yang lain sering dihebah-hebahkan agar tertutup keaiban mereka sendiri.
(Semoga Tuhan membuka aib mereka pula nanti)

Janda merupakan golongan yang lemah yang sepatutnya dibantu. Sebabnya mereka kehilangan tempat bergantung setelah kehilangan suami atau pemimpin lelaki dalam keluarganya, apatah lagi jika keluarganya tiada lelaki untuk membantu mereka membuat kerja-kerja berat. Oleh itu, janda merupakan salah satu kelompok yang susah berstatus ibu tunggal yang sepatutnya dibantu sebaiknya. Bukannya dilihat sebagai alat maupun barangan terpakai yang dipandang hina.

Perasaan kasihan terhadap ibu tunggal ini tidak membuatkan aku berasa bersendirian hinggalah aku terjumpa satu hadis:

“Orang yang membantu perempuan janda dan orang miskin, samalah seperti berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih, dan seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka.” 
[HR Bukhari]
Oleh itu, siapa-siapa yang tertindas dan sukar hidupnya seperti janda dan orang miskin, apatah lagi janda yang miskin, seharusnya dibantu. Bukanlah diherdik dan diburuksangkakan dengan pelbagai tomahan dan kejian.

Adat dunia yang penuh dengan manusia, apakah syurga akan wujud buat manusia yang sering berprasangka dan menghina-hina walaupun amal ibadat sejadah tasbihnya tak pernah lupa?