Ahmad Deedat adalah antara tokoh Islam selalu berfikir masalah umat. Juga merupakan salah seorang pengkaji interfaith dan intrafaith.
Video-video Ahmad Deedat banyak mengajar dan buat kita mengenali toleransi mazhab, faham fikh agama, dan tahu menghormati agama lain dengan membuang sikap-sikap extrim serta taklid buta.
Ahmad Deedat juga antara orang yang dengan mata kepala sendiri menilai budaya Syiah kat Iran.. Yang sejurus kemudian membuka mata hati, perut, limpa, duodenum dan illeum aku untuk mengkaji mazhab Syiah Imamiah ni..
Dalam video post ni, mungkin Ahmad Deedat pun dapat merasakan kebanyakan Muslim kt dunia ni kebanyakan mengaggap remeh kewujudan Muhammaad s.a.w.a. Bagi diorang, mungkin Nabi Muhammad sekadar figur untuk kepercayaan seorang Muslim. Seorang manusia dahulu kala yang dilantik dan ditetapkan Tuhan untuk hidup susah dan masuk syurga setelah wafat. Tak ada kena mengena dengan pembelaan nasib manusia-manusia yang tertindas dari kalangan pelbagai latar belakang agama yang berbeza.
Mungkin masyarakat kita patut ubah cara berfikir dan menafsir ehwal agama. Mungkin sebab tu, sufi dulu berucap sarkistik terhadap khalifah, sampai mati kena hukum bunuh. Entah, tak hidup zaman lampau tu.
MESSAGE: Ahmad Deedat sindir aku!!
No comments:
Post a Comment