Pages

Friday, January 13, 2012

Mengapa Ulama Ahlu Sunnah wal Jamaah menutup Sejarah Karbala

Tengah seronok-seronok belek video-video kat youtube. Terjumpa pulak video ucapan daripada sorang ulama Sunni Syria. Hmm.. Meremang lah bulu roma tengkuk aku dengar dia lepas geram kt ulama-ulama sunni yang tutup sejarah Karbala ni.
YUP! Jelas 'ulama-'ulama sunni yang bertaklid pada 'Ulama politik Arabian King dan 'Umayyad party' serta ustaz-ustaz Muluyu, mereka sedang rancak menutup dan mengelak daripada mendedahkan sejarah Karbala dan menjelaskan apakah itu Itrah Ahlu Bait.

Kerana mereka yang terdiri di kalangan penyeleweng berbohong kepada pentaklid mazhab supaya mereka dapat mengekalkan kuasa politik ke'bani'an demi menjaga 'periuk nasi' dan 'lauk-pauk' 'gulai dhob' mewah mereka dengan mengasingkan umat Islam daripada sejarah Muhammad s.a.w.a dan keluarganya yang ditindas setelah wafatnya Muhammad s.a.w.a. Disebabkan kita diajar ulama sunni untuk meninggalkan Itrah Ahlu Bait, maka hanya tangan kanan kita sahajalah yang memegang Quran untuk menjadi rujukan. Lalu apakah hanya dengan mentakwil Quran melalui akal kita dapat memahami ayat-ayat Quran itu? Apakah fungsi Itrah Ahlu Bait? Bukankah mereka itu Imam setiap zaman buat menjaga amanat Rasulullah s.a.w.a bagi menerangkan tafsir Quran yang sebenar-benarnya?

Apa kita lupa hadis rujukan ASWJ sendiri yang membuktikan betapa tidak akan terpisahnya kedua-duanya Quran dan Itrah Ahlu Bait agar kita tidak menyimpang daripada yang sepatutnya?;
Dari Zaid ibn Tsabit, “Sesungguhnya aku meninggalkan buat kamu 2 pemimpin sesudah pemergianku, iaitu Kitab Allah dan keluargaku iaitu Ahlulbait. Keduanya tidak akan terpisah sehingga menemui ku di Al Haudh

Dari Jabir al Ansari, “Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya, nescaya kamu tidak akan sesat selamanya, kitab Allah dan Ahlulbaitku.”
Dari Said al Khudri, dengan pertambahan, “Lihatlah bagaimana kamu memperlakukan keduanya.”

Dari Abdullah ibn Hanthab, dengan ayat Rasulullah(sawa), “Aku akan menyoal kamu tentang dua perkara ini: Al Quran dan itrat ku.”


Apakah sunni tidak jelas lagikah dengan konflik antara 'ulama-'ulama mereka yang sendiri tidak maksum untuk menerangkan dengan tepat wahyu Tuhan seperti mana yang diajar oleh Utusan terakhir Tuhan?

Ayuh, di manakah kita meletakkan akal yang sihat untuk memikirkan logik mengapa ditinggalkan Quran dan Itrah Ahlu Bait yang mana keduanya saling memerlukan agar kita tidak sesat. Apakah kita berasa malu untuk menyatakan kita masih lagi tidak sesat?
Tidak cukup lagikah bukti yang menunjukkan 'ulama-'ulama yang bacul untuk menceritakan peristiwa Karbala dan menceritakan kembali penindasan yang dilakukan oleh Khalifah Umayyah dan Abbasiyah terhadap cucu-cicit Muhammad s.a.w.a?

Apa kita hanya mempercayai 'ulama-'ulama yang tidak maksum ini berbanding kedudukan 'Imam' yang dipilih secara 'divine' untuk memimpin manusia setiap zaman hinggalah kiamat?
Apakah kita lupa 'ulama-'ulama yahudi dan nasara yang menjadikan institusi 'ulama untuk melawan para Rasulnya lalu penuduh rasul-rasul itu sebagai gila?

Nah silakanlah untuk anda menyertai luncai dan labu-labunya.. mungkin dengan "labu" itu, kita dapat "meraikan perayaan Haloween dengan lebih ceria"

Hmm.. tidak dapat disangkal ulama sunni yang mencari kebenaran itu sendiri kecewa dengan guru-guru mereka yang menyembunyikan kisah-kisah Itrah Ahlu Bait Muhammad s.a.w.a~
Apa yang dia cakap tu pun dah cukup untuk aku lepas geram kat ulama-ulama sunni Malaysia ni. Tak semua ulama melayu ni teruk. Tapi dalam banyak-banyak ulama, hanya beberapa kerat sahaja yang berkualiti dan betul-betul dapat mencapai taraf darjat ULAMA. Bagi aku, ulama tu bukanlah dinilai dari manis mulut bicaranya, atau labuhnya serban jubah mereka. Tapi apa yang sebenar-benar perilaku mereka amalkan, di depan atau belakang manusia. Tambahan, ulama yang aku cari, bukanlah ceroi-ceroi kualitinya, tetapi yang aku cari ialah mereka yang punya aura sehampir Muhammad dan Itrah Ahlu Baitnya.

MESSAGE: Sudah jelas lagi bersuluh, untuk menjadi jawapan, kenapa kita umat Islam hari ini berada dalam gelombang yang penuh kekusutan. Hatta dalam isu 'pengasingan politik dan agama sekalipun' khususnya di negara Malingzoa ini. Apakah huraian ini tidak menjadi jawapan kenapa lahirnya 'ulama-'ulama 'so-called-to-be' yang memihak pada pemerintah yang menindas seperti ulama Fathul Beri-beri? 'Ulama-'ulama mencari duitan dan menjaga periuk nasi yang berkonsepkan "Taat dan Walak" meskipun pemerintah itu tidak adil, hanya beralaskan agamanya Islam? Itulah kekusutan 'sunnai' yang tidak punya rukun iman 'Adalah atau Adil seperti yang diamalkan mereka Syiah Imamiah. Revolusi Iran cukup menjadi hujah betapa efektifnya pengamalan mereka, masalahnya ialah majoriti Muslim hari ini masih bongkak mendongak ke langit memepertahankan keegoan mereka yang tidak pernah memberi resolusi pada mereka yang tertindas.
~SOLAWAT~

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ وعَجِّلْ فَرَجَهُمْ

No comments:

Post a Comment