Islam Scepticism? Apakah Islam Scepticism?
Sebenarnya, tiada istila dan definisi Islam Scepticism, tetapi disebabkan kelahiran Muslim-muslim berpenyakit syak dan prasangka, maka aku kategorikan kelompok-kelompok ini sebagai Islam Scepticism.
Baik, Scepticism diambil daripada perkataan Inggeris yang membawa erti kecenderungan seseorang untuk meragui sesuatu dengan prasangka, prejudis atau perspektif awal yang negatif. Rata-rata umat Islam hari ini bersikap seperti ini disebabkan penyakit hati mereka yang menganut Islam tanpa kefahaman lalu hanya bercita-cita menjadi SUPERHERO AKDAH yang berteraskan mata pedang dan pengabaian ilmu pengetahun. (note# ilmu pengetahuan ini tidak terhad pada ilmu sains dan sejarah, tetapi kefahaman secara total atau syumul mengenai Islam sama ada dari segi sejarah, sains, tasawuf dan lain-lain yang berkenaan)
Muslim berpenyakit seperti ini berkemungkinan muncul atas penyelewengan sejarah dan kebutaan sejarah tentang Muhammad dan keluarganya. Mereka merasakan bahawa Islam itu hanya tersebar dengan kuasa ketenteraan dan politik kotor dilakukan oleh Khalifah Arab seperti 'dot dot dot, dot dot, dan dot dot' kecuali Imam Ali bin Abi Thalib a.s dan Umar abd Aziz r.a.
Hal ini juga berikutan sikap paranoid di kalangan Muslim yang begitu goyah dengan akidah mereka sendiri, sehinggakan mudah mengancam agama lain dan mudah juga merasakan mazhab mereka atau akidah mereka terancam dengan perubahan fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.
Kata seorang bijak pandai:
"Membenci seseorang kerana berbeza aliran/mazhab mencerminkan kegelisahan keintelektualan, kekerdilan mental dan kerapuhan dasar anutannya sendiri."
Maka disebabkan kerapuhan dasar anutan sendiri, sikap paranoid yang tidak dapat dikekang hasil kegagalan mengawal emosi telah melahirkan ramai buih lautan yang terdiri daripada Islam Sceptical.
Sebagai contoh apabila muslim anti-syiah melihat perkara seperti ini:
atau ini:
dan video ni:
lalu akan ada komen macam ni:
"Alah, itu taqiyah jer. Orang Syiah kan suka bertaqiyah!". Oh, apa kita ni sudah faham sangat ke konsep taqiyah dengan main tuduh-tuduh macam tu je? Di mana konsep menimba ilmu sebelum beramal? Ah, barangkali inilah penyakit skeptikal di kalangan Muslim hari ini. Damn!
Oh, mungkin saja mamat ni tak cukup warak, sebab dia tak pakai serban dan jubah mengikut Sunnah.
Tapi apabila kita melihat ini:
kita boleh menghalalkannya dan melihatnya sebagai sunnah Serban dan Jubah
dan ini:
Hmm.. Saya tidak pasti siapa di sebelahnya..
Apakah hanya kerana mereka di kalangan Arab, terpilihnya Rasul terakhir di kalangannya, lalu kita melihat mereka sebagai yang paling suci? Apa lupakah kita pada bangsa Yahudi yang terpilih juga di kalangan mereka para rasul, namun mereka khianat pada mereka.
Apakah ini nilai zuhud kita?
Message: Jadi apa yang kita lihat mungkin kita hanya menghayunkan semboyan "Don't judge a book by its cover". Tetapi, apakah cover yang dilaksanakan oleh para pemimpin ini tidak melambangkan benih apa yang sedang subur hati mereka?
Jadi di mana kita mahu meletakkan kata nasihat ini;
Sabda Rasullah SAW bermaksud :-"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam diri ada sebuku daging, sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh, dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah sebuku daging itu adalah hati." ( Riwayat Bukhari dan Muslim)
dan nasihat seorang guru berbunyi sepeti ini:
"Akhlak baik adalah kesadaran terhadap perasaan orang lain. Jika kita mempunyai kesadaran itu, kita mempunyai akhlak yang baik, tanpa mengira latar belakang kita."
Ah, manusia. Lantaran itu, apa sahaja yang dibuat serba tak kena.

MESSAGE;
~IT IS ACTUALLY THE WORLD NEED MORE POSITIVE PEOPLE~
No comments:
Post a Comment