Hari ini, ramai muslim yang bermasalah dengan kefahaman mereka terhadap Islam. Tapi, kelihatan diorang mudah untuk melafazkan sedang memperjuangkan kebenaran. Jika kefahaman terhadap Islam pun banyak kekeliruan, apatah lagi kefahaman diorang terhadap Yahudi, Nasara, Sabian dan Majusi. Sebab itulah hanya dengan mengambil jalan mudah, kelompok Muslim yang mudah-mudah ini terlalu mudah untuk mereka melaknat ahli-ahli kitab, tanpa mengkaji dahulu asal usul agama-agama lain dalam dunia ini menurut Quran, kajian arkeologi, penemuan artifak dan keselariannya dengan rasionaliti pemikiran manusia yang dianugerahkan Tuhan.
Mereka yang menderita dalam hidup bertaklid mazhab ini sangat keliru dan goyah dengan pegangan akidah sendiri sehinggakan secara tidak langsung menjadi seorang Muslim Paranoid tak tentu fasal apabila melihat masyarakat mengkaji ideologi barat, Kristianiti, Judaisme, Syiah dan lain-lain fahaman. Maka akibatnya, mereka akan berusaha untuk menyatakan kesesatan pegangan orang lain dengan mencipta bukti-bukti palsu, video-video edit yang tidak bersandarkan kepada dalil-dalil yang jelas dan yang lebih baik untuk dipercayai. Akhirnya mereka sendiri terperangkap dalam jerangkap samar yang mereka sendiri ciptakan.
Al-Zamakhsyari berkata:Jika mereka bertanya tentang mazhabku,aku berdiam diri lebih selamat.Jika aku megaku sebagai seorang Hanafi,nescaya mereka akan mengatakan akumembolehkan minum arak.Jika aku mengaku sebagai Syafi'imereka akan berkata: Aku membolehkanberkahwin dengan anak perempuan zinakusedangkann berkahwin dengan anak sendiriitu diharamkan.Jka aku mengaku sebagai seorang Maliki,mereka berkata: Aku membolehkan memakan daging anjing.Jika aku seorang Hanbali,mereka akan berkata: Aku mentasybihkanTuhan dengan makhluk.Dan Jika aku seorang ahli Hadis,mereka akan berkata: Aku adalah seekor kambing jantan yang tidak boleh memahami sesuatu (bodoh)"(Tafsir al-Kasysyaf, 11, hlm. 454). Maksudnya isu mazhab menjadi perkara sensitif di kalangan suni pada masa itu)
Akibat daripada permainan politik khalifah dahulu yang berselindung di sebalk Imam Mazhab, maka umat hari ini menjadi mangsa. Terutamanya kaum Hawa. Kerana kaum Hawa cukup mudah untuk mentaati ajaran agama selari dengan sifat fitrah kejadian mereka. Walaupun tidak semua begitu, kita hari ini sendiri dapat melihat kaum Hawa begitu mudah diperolok-olokkan bukan menjadi mainan sang pemerintah zalim, bahkan permainan fatwa hukum ulama-ulama yang menyimpang daripada Itrah Ahlu Bait.
Mungkin kita lupa kata-kata Imam Jaafar As-Shadiq tentang semboyan "PERSELISIHAN UMAT SUATU RAHMAT" yang disalahertikan oleh ulama pengipas buntutnya sang pemimpin zalim pada ketika zaman khilafah dahulu yang membusung busuk sehingga ke hari ini:
Abdul Mukmin Ashaari bertanya kepada Imam Ja'afar Shadiq AS;Satu kaum meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"PERSELISIHAN UMATKU ADALAH RAHMAT.""Mereka benar,"ucap Imam AS.Abdul Mukmin berkata lagi;"Jika perselisihan mereka adalah RAHMAT maka kesepakatan mereka adalah Azab!"Imam AS berkata;"Hal itu bukanlah sebagaimana yang kau fahami dan yang mereka fahami,tetapi maksudnya seperti Firman ALLAH..."Mengapa tidak pergi dari tiap2 golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang Agama dan memberi peringatan kepada kaumnya?..."{ Surah At-Taubah:122}Maka Dia perintahkan mereka untuk pergi kepada Rasulullah SAW dan belajar Ilmu.Kemudian mereka kembali ke kaum mereka dan mengajari mereka Ilmu.Sesungguhnya yang dimaksud 'perselisihan' dalam kalimat itu adalah negeri2 bukanlah perselisihan dalam Agama ALLAH.Sesungguhnya Agama itu Satu!Sesungguhnya Agama itu Satu!"
Message: Selama ini kita menyangkan perselisihan itu ialah perselisihan di kalangan ulama~ temme~
No comments:
Post a Comment