Pages

Friday, January 20, 2012

Solat yang Tidak Mencegah Keji Mungkar

Solat. Kenapa orang Islam menunaikan solat atau sembahyang? Apa agama lain pun sembahyang jugak kan?

Di dalam Quran pun tak pernah spesifik menyatakan cara sembahyang. Maka, oleh sebab itu Quran Al-Huda Pentunjuk bagi semua manusia tidak terhad pada Pak Arab, Muluyu Islam atau Negro Muslim sahaja.


Oleh sebab itu, kita tiada hak untuk mengekang non-Muslim daripada membuka dan membaca isi kandungan Al-Quran. Sudahlah ramai orang melayu Islam hari ini segan silu membaca Quran, apatah lagi memahami isinya. Bahkan kemudian tiada kemaluan pula Muluyu hari ini untuk menghalang orang lain yang cuba selidik isi QUran. Hah.. Malulah sikit kat Tony Blair tuu..



Bukankah Blair telah meletakkan fungsi Quran tepat pada tempatnya? Bukankah cara Blair ini memartabatkan kembali hak Quran yang telah lama disenyapkan dengan hanya bermain di bibiran untuk nyanyian rindu dan syahdu bagi meng'klaim' pahala daripada Tuhan? Bukankah meng'klaim' atau redeem mahupun menebus mata ganjaran daripada Tuhan itu mempamirkan sifaat kita yang tidak ikhlas dalam amalan seharian? Bahkan kita cukup berkira berbanding nikmat Tuhan yang berbondong-bondong dicurahkan dalam hidup kita hari ini..
"OK IGNORE THAT"
Berbalik kepada persoalan, "Mengapa solat namun tidak mencegah perbuatan keji dan mungkar"?
Kita biasa bukan mendengar ayat ini


....أَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَر...

“..... Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar....”

[Al-Ankabot:45]

Tapi, apa yang mengecewakan hari ini, berapa ramai yang solat, tapi masih buat perkara keji dan mungkar tu? Solat, tapi berasa dah cukup suci untuk khianat pada kawan, menipu duit orang, kaki betina, membazir, menganiaya haiwan, korek hidung calit merata, korek punggung kulum mulut, membahan mengutuk mengejek member sampai terlucut habis maruah diri dia, memain-mainkan fizikal orang lain, mengumpat, (of course), berhobikan mencarut dalam berirama lenggang lengguknya, menonton menyebar porno, buang sampah merata-rata dan bla bla bla.. ("wait a minute?"). Buang sampah merata-rata pun nak berkira kah?
"Hallo Bos, buang sampah tu kan di antara perkara keji yang merosakkan muka bumi. Even tak cuci tandas lepas kinching sama buang itu najis pun kira manusia yang kejilah sebab mencemarkan nikmat Bumi Tuhan yang sedia bersih ni. Bukan?"
Mungkin kita terlepas pandang bahawa amalan sekecik dan dianggap remeh inilah yang membentuk dan mencerminkan akal yang sihat dan jiwa yang suci.
Kenapa begitu?
Kerana solat orang-rang yang sebeginilah yang bermasalah. Mungkin kasar untuk dikatakan. Tetapi itulah beza di antara solat orang munafik dan orang yang benar-benar memahami fungsi solat.

Tuhan telah menetapkan bahawa otak itu berada di atas dan fungsi 'frontal lobe' yang menganalisa, memikir, mentafsir, empati berada dekat dengan bahagian dahi kita yang digunakan untuk sujud. Maka dengan itu, setiap kali kita sujud, kita telah mengalirkan darah yang membawa nutrisi dan oksigen bagi menyegarkan kembali sel-sel otak hadapan/ frontal lobe ini. Apabila segar kembali, bukankah otak akan menjadi cerdas dan aktif untuk menganalisa setiap baik buruk perbuatan?
Sebagai contoh, otak yang aktif akan menerima rangsangan daripada maklumat yang diterima seperti di mana sepatutnya kita membuang sampah. Otak yang sihat akan menafsirkan dengan baik jika sampah dibuang merata-rata maka ia akan mencemarkan alam. Jika seribu manusia sepertinya membuang satu puntung rokok di tempat yang sama pasti membentuk pencemaran longgokan puntung rokok pada satu sudut alam ini. Maka tercemarlah keindahan alam di satu tempat yg bersih satu ketika dahulu.

Frontal lobe yang empati pula akan memikirkan jika kita membuang sampah di kawasan perumahan kawan-kawan kita sendiri. Mereka pasti akan marah dan membenci perilaku kita seperti mana kita membenci sekiranya orang lain mengotori kawasan perumahan kita yang bersih itu. (Tapi lainlah kan kalau orang ni memang jenis pengotor hidup mati bertunjangkan kekotoran. Misi hidup bermotokan 'kekotoran dan kenajisan falsafah hidupku'. Oh begitu falsampah falsafah hidupnya. Kih2)

Message: Bagi aku sebab itu dalam wahyu permulaan Tuhan, Tuhan suruh menimba ilmu dengan membaca 'IQRA'. Dan Tuhan mengancam bagi mereka yang tidak menggunakan akal yang dianugerahi dengan ancaman ini;

A015

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap UBUN-UBUNnya (dan menyeretnya ke dalam neraka)

[Al-'Alaq:15]

Baik, dimanakah letaknya 'Frontal Lobe' anda itu tadi? Berdekatan dahi atau sepsifiknya di ubun-ubun bukan. Tak saintifik lagi ke Islam ni? Dari dulu lagi sudah saintifik, cuma 'terms'nya ja yang berbeza. Takkanlah Tuhan nak sebut Frontal Lobe pada Nabi Muhammad dalam wahyuNya bukan? Kerana bahasa pengantaraan masa tu ialah bahasa Arab dek kerana Muhammad SAAW berbangsa Arab Quraisy. Tidak seperti Nabi Isa (A) dan Musa (A) yang berbahasa Ibrani baharu dan lama kerana mereka bukan di kalangan bangsa Arab, tetapi berbangsa Yahudi. Maka, faham-fahamlah dan 'tally'kan lah sejarah dunia dengan sejarah yang direkodkan dalam Quran agar kita menemui logik dan rasionaliti setiap rinci yang diperkatakan Tuhan dalam Quran. Sekian... bla bla bla bla.. bole blah~ Apa solat hangpa tu sudah jadi lesen untuk buat maksiatkah?

No comments:

Post a Comment