Lepas tgk tv kuliah pasal jin, tersedak pulak perut nak tulis pasal kepercayaan karut umat Melayu ni pasal jin. Orang Melayu ni cukup takut kat jin. Kalau sebut ja pasal jin, habis terketar-ketar kepala lutut.
Haha.. Lawak-lawak. Dan rat-rata mereka sangat sinonim dengan semboyan;
"sebaik-baik jin ialah sejahat-jahat manusia"
Hm..mm.. dan mm.. Apakah malapetaka yang sedang ligat berpusing dalam kepala hotak diorang ni?
Takkanlah sebaik-baik jin ialah sejahat-jahat manusia. Kalau macam tu, tak akan ada jin Islam lah kan? Kepercayaan Melayu yang semakin melarat ni ibarat penyakit kurap yang tidak dirawat. Semakin dilayan, semakin diorang layan, feeling habis. At the next morning, kurap sudah menanah menjadi kudis buta pulak.. Aish3.. aishiteru.. ops.
Antara sebab terjadinya kepercayaan-kepercayaan karut seperti ini ialah kerana kurangnya penelaahan terhadap isi Quran. (oi.. oi.. aku bukan nak belagak alim!)
Kita lupa nak menyemak Quran sebagai sumber ilmu yang utama. Sebagai contoh, kita beranggapan bahawa Syaitan tu terdiri daripada kalangan jin sahaja, tetapi jelas di dalam Quran Syaitan itu jugak terdiri daripada kalangan manusia.
(Tawa'uz dan basmallah)
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebagian mereka membisikkan kepada sebagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).” (Al-An’am: 112)
Jadi, kalau kita merujuk pada ayat Al-Quran ni, kita tahu bahawa Setan atau Syaitan jugak terdiri daripada kelompok manusia. Sebab itulah, yang akan masuk neraka nanti bukan terdiri daripada kelompok jin sahaja, tapi manusia jugak turut serta "skuba diving" ke dalam lobang neraka tu.
Tambahan pulak, yang akan masuk neraka tu setan, mestilah manusia yang jadi setan tu pun masuk neraka sekali. ShooT! So, nanti tak akan ada permasalahan, manusia akan menyalahkan setan kerana menghasut untuk membuat kejahatan. Haaa.. simpleton! Sebab manusia itu sendiri merupakan setan kat dunia ni. Bukan?
Masalah umat Melayu yang mencampur aduk kepercayaan ke dalam Islam ibarat membancuh air milo tarik menggunakan air longkang. Milo tak larut dalam air, rasa air tidak sedap, malah baunya langsung tidak menyelerakan. Golongan seperti ini menjadikan Islam tu sebagai kepercayaan ghaib untuk mempercayai kewujudan-kewujudan makhluk halus sebagai penambah perisa dan perasa dalam kehidupan macam ajinamoto, walaupun makanan terasa sedap, tetapi hakikatnya membotakkan kepala. Dem! At the end, Islam is a religion based of superstitious and blind loyalty. Tak ada rasionaliti dalam Islam. Yang ada, cumalah hukum dan ketaatan buta terhadap kepercayaan yang dibuat-buat itu.
No comments:
Post a Comment