Antara kelompok-kelompok Islam Melayu yang ada seperti;
1. Katanya Pejuang Islam (kononnyalah), tetapi yang dikesan cumalah tindakan Extrimis yang terburu-buru untuk bertindak, yang terpengaruh dengan salah tafsir jihad dan termakan dengan propaganda barat seperti Taliban dan Al-Qaeda. Puncanya, segan ilmu atau jahil.
2. Penda'ie Fundamental, yang ini rata-ratanya terdiri daripada kumpulan-kumpulan pendakwah Islam (katanyalah). Lalu menerapkan nilai me'laknatullah'kan aliran-aliran lain dan agama-agama lain. Puncanya, semangatnya tinggi tetapi egonya juga tinggi. Dan ada di antara mereka juga yang bersikap skeptikal di atas muslim yang lain. Dari sini juga aku dapat tafsirkan kelahiran kelompok Islam Scepticism. Islam Scepticism yang berperangai perjudis dalam setiap tatacara yang dilakukan oleh orang lain. Tambah-tambah orang yang tidak sealiran dengannya.
3. Pengikut yang bertaklid buta tanpa mahu mencapai kefahaman yang sebenar dan berasa cukup dengan apa yang sudah diketahui. Kelompok ini agak tinggi juga ego mereka. Mereka juga mudah termakan dengan perwatakan mereka yang berselinap di bawah jubah dan serban. Harun Yahya seorang ilmuan Islam pernah mengulas;
“SEVENTY THOUSAND SCHOLARS WEARING TURBANS FROM MY COMMUNITY WILL FOLLOW THE ANTICHRIST.” (Ahmad ibn Hanbal, Musnad, p. 796)
Majoriti umat Islam hanya mahu melahirkan ramai orang Islam yang hanya menjalankan syariat semata-mata. Takut jugak kalau mat rempit main langgar-langgar orang tapi guna pakai syariat Islam untuk halalkan perbuatan bahaya diorang tu. Maksud kat sini, andai kata ada dua orang, seorang mat rempit Islam, dan seorang lagi mat salleh bukan Islam. Yang mat rempit tu memanglah semayang puasa semua, tapi kalau pandu laju-laju buat bahaya kat jalan raya kan lagi samdol daripada Mat Salleh yang bawak kenderaan dengan lebih selamat? Kalau Mat Salleh tu seorang pembersih, ape lagi mulia ke berbanding dengan mat rempit yang buang sampah merata-rata? Apa lagi mulia ke mat rempit yang Islam, tapi buat rosak anak dara orang berbanding Mat Salleh bukan Islam, tapi mempertahankan hak asasi kemanusiaan wanita Afghan?
Kerisauan yang memuncak ni dapat aku hujahkan dengan kewujudan Muslim yang bertudung, tapi di sebalik tudung tu amat jauh konsepnya dari menutup aib diri dan pekerti yang jelek. Sebab tu kita biasa dengar orang awam yang satu level jahil dengan kelompok tu mengomel "alah.. ade jer orang pakai tudung tapi hati busuk.." ataupun "..alah, semayang je lebih, tapi kaki betina, main ekor, tikam kawan..". Dan sebagainya. Ada betulnya diorang kata tu.
Dan memang realiti hari ini telah lahir pelbagai Muslim species semacam tu. Bertudung sudah molek, namun sangat dangkal pemikirannya terhadap Islam. Seolah-olah, Islam ialah satu kepercayaan agama yang absurd untuk meramaikan pengikut semata-mata. Sehubungan itu, ada pula yang bertudung labuh, namun lebih mudah lisannya menggunakan ayat Quran untuk menyerang dan mencela mereka yang kurang memahami konsep berhijab. Laknat-melaknat sudah menjadi bahan rempah pertuturan harian.
Jadi di manakah yang kita namakan 'dakwah bil hikmah'? Yang merupakan satu cara yang paling efektif untuk mencairkan hati manusia yang telah sekian lama terdidik dengan sistem kemasyarakatan yang penuh dengan kepincangan ilmu agama.
Kita juga biasa lihat mereka yang sembahyang dan tidak pernah 'miss' ibadat, tapi dalam diam dia khianat. Hatinya penuh dengan kedengkian, benci dan hasad. Sembahyang dan puasanya banyak, tapi sedikit pun tidak mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Seolah-olah, ritual agama yang dilakukan itu menjadi lesen untuk menebus kekejian dan kemungkaran hawa nafsu yang agak puas dilayan. Apakah dengan menjadi mat rempit yang mengikut syariat solat menghalalkan perbuatan memandu motor laju-laju tanpa peraturan sehinggakan kehilangan nyawa saudara lain yang tidak berdosa? Bukankah itu salah satu kezaliman ke atas nyawa saudara yang lain?
Apakah hanya dengan bertatahkan nama persatuan Islam, kita harus beraksi ganas memukul nyawa-nyawa lain yang jelas menampakkan kezaliman dan keganasan seperti persatuan 'samseng melayu PEK***' yang dibangga-bangga kan itu. Suaranya keras menyatakan Islamic front defend namun akhlaknya 'zero'. Much 'worse than' Yahudi (Apakah kita sudah begitu benak kepala hotak dan buta sejarah bahawasanya yahudi itu asalnya Islam versi lama yang sudah terkorup 'kitab'nya lalu digelarkan sebagai 'Ahli Kitab'?
Apakah muslim hari ini begitu 'cerdik' untuk menyelak Quran bahawasanya terdapat di kalangan Ahli Kitab itu yang beriman? (Al-'Imran: 110, 113, 114, 199)
Mengapakah solat itu tidak langsung mencegah kelompok Muslim yang riak ini daripada bertindak atas pertimbangan emosi lalu beraksi seperti seorang yang kaki gaduh, zalim dan menindas. Tidak hairan ramai yang lebih cenderung menjadi Kristian, krana Kristian missionaris ratanya pengamalan mereka sebijik sejibun amalannya nilai-nilai Islam.
Agak 'blur' juga mencari nama sempena blog baru ini berbanding yang dahulu. Amat sukar juga untuk mengekang diri daripada menulis, walaupun di'hadiah'kan seorang 'sahabat' untuk menerima penghargaan daripada pihak kolej Selam yang begitu 'Islami'. Penulisan blog terhenti seketika selepas upacara ritual paganis dilakukan di court and was punished. Namun, perkara pathetic seperti itu sedikit pun tidak menjadi batu penghalang untuk sebarang penulisan diteruskan(hati keringlah katakan). Daripada membuang masa berbicara tanpa didengar suara, mungkin juga adalah sesuatu yang memberi manfaat untuk terus menulis apa yang difikirkan berbanding pengisian hidup dengan tidur yang tidak akan berkesudahan.
"report tak report, aku redah je dol..." "sampai sekaran masih mencari mat report yang menjadi tali burut admin kolej..
Amen ialah antara simbolik dan sinonim kepada fenom 'Aman' yang bermaksud tenang atau damai, sempena kempen kedamaian satu dunia.
Perkataan ini juga merupakan terbitan daripada bahasa Ibrani yang bermaksud konformasi atau 'verily' or 'trully' untuk memohon pengabulan dalam doa yang dibuat. Sebab itulah kita akan perasan orang Kristian dan Yahudi tetap akan sebut 'Amen' lepas diorang berdoa.
Sebab tu jugaklah dalam fikah Mazhab Imamiah tidak membacakan Amin dalam bacaan Al-Fatihah ketika shalat, kerana 'Amin' bukan perkataan yang termasuk dalam bahasa Arab untuk disekalikan dengan rukun membaca Al-Fatihah.
Harap-harap, lepas ni tiada lagi makhluk-makhluk yang paling seksi, membuat report kepada badan-badan berdaki di luar sana. Mungkin isi kandungan blog aku ni yang berbaur pro-syiah tak menjadi isu untuk siapa-siapa di kalangan 'makhluk yang paling seksi' membuat 'report'pada JAKIM atau JAIP atau JAWI, JAJAN, JAMBAN admin UAE, UIM, UAM, IKIM dan sebagainya hanya untuk men'sesat'kan aku. Sesungguhnya aku bertanya jalan, dan tidak pernah sesat seperti yang orang keramaian 'assume'kan.
Tujuan blog baru ni, hanyalah sekadar untuk memberi kefahaman sedikit sebanyak konsep Imamiah yang diamalkan dan dapatlah umat manusia tidak bertelagahan dan ekstrim ber'poyo-poyo' dalam berjuang atas nama keagamaan.
Selain tu, harap-harap, semakin ramailah orang yang faham, apa itu kempen 'Union of Faith' yang dicanang-canangkan berikutan dengan konflik interfaith yang membawa kepada peperangan yang sia-sia. Sebab bagi aku, bila berlaku sahaja peperangan, Setan-setan dari kalangan jin dan manusia cuma tergelak-gelak terkentut-kntut melihat umat manusia diperbodohkan melalui percaturan yang dirancang mereka untuk mudah mereka mengawal kuasa ekonomi, sosial dan dah tentunya iklim politik dunia.
Mungkin dengan lebih memahami masalah sikap umat manusia, dan memahami agama-agama lain, Islam yang kita bawa ialah kualiti Islam yang paling tinggi sekali seperti Ayatullah di Iran:
Beliau (Ahmad Deedat) berkata tentang Syiah Iran;
"..Apa yang saya temukan adalah segala sesuatu berorientasi pada Islam. Seluruh negara diarahkan menuju Islam, dan mereka berbicara tidak lain hanya Al-Quran. Saya belum pernah memiliki pengalaman dengan orang Iran yang menyangkal saya ketika saya berbicara tentang Quran. Sebaliknya saudara seiman kita bangsa Arab, semakin sering Anda mengutip Quran maka mereka akan menyangkal Anda dengan Quran lagi. Mereka bangsa Arab, mereka mengira lebih tahu banyak tentang Al-Quran dari pada kita, tapi orang Iran terlihat searah dengan Al-Quran. Segala yang dia lakukan dan pikirkan adalah tentang Al-Quran....."
sekian.. Salam, shalom.
No comments:
Post a Comment